Wednesday, 20 December 2017

Backpacking Laos 2017 Hari Kedua



Adah dan Nurin ke Bukit Phousi. Aku tak mahu mendaki pagi-pagi. Jadi aku melepak dibilik tengok drama Mad Dog. Di Laos pun layan KBSWorld astaga.

Menunggu air panas di pantri rumah tumpangan. Sampai ke sudah tak panas-panas airnya.

Aku fikir mereka berdua sudah sampai atas bukit. Rupanya sangkut ditengah jalan. Sempat membeli baju tradisional untuk anak buah katanya.

Sekitar pukul 9 pagi, kami bertiga bertemu dikaki Bukit Phousi, betul-betul berhadapan dengan Luang Prabang Museum. Aku pernah kesini tahun lepas, namun tidak jadi masuk kerana harga tiket agak mahal.

Kali ini baru kutahu, bayaran tiket hanya untuk masuk ke dalam muzium raja. Jika hanya mahu berjalan disekitar luar, tidak perlu bayaran.

Kami berjalan disekitar muzium. Terdapat statue King Sivavong, raja Laos , sebuah teater, kolam bunga teratai dan pameran kereta diraja.

Misi sekarang adalah mencari rumah tumpangan untuk hari Ahad dan Wat
.
Setelah survey beberapa tempat, kami akhirnya menempah bilik di xx view. Harga sebuah bilik adalah xx,000 kip dengan dua katil single.

Kami menempah satu bilik dan minta dirapatkan katil dengan harga 210,000 kip. Alhamdulliah, mereka benarkan. Aku dahulukan 100,000 kip sebagai deposit.

Lega sudah menempah penginapan, perjalanan diteruskan mencari wat. Jalan kecil dan kurang sibuk disini. Kami berjalan perlahan berbual-bual.

Sesekali berhenti melihat bot dan restoran yang menghadap sungai Nam Khawn. Terdapat sebuah Restoran India Muslim ditepi sungai ini. Kami menempah Nasi Goreng Ayam dan Nasi Goreng Daging dengan harga 25,000 kip sebungkus.

Nasi ini buat bekal makan tengahari kami di Kuangsi nanti. Wat yang dicari masih belum jumpa. Kami sekadar berjalan-jalan melihat harga kopi dan khidmat urut.

Singgah membeli kopi Lao dengan susu pada harga 12,000 kip. Pekat, manis sedap. Tapi belum boleh cabar kick kopi Vietnam.

10.30 pagi kami berjalan balik ke Phanthasone Guesthouse. Berehat sekejap sambil mengecas telefon. Kami akan dijemput oleh Andy dan ke Kuangsi bersama Naza dan kawannya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...