Hello & hai. Selamat kembali ke blog sendiri. Sila fahami struggle nak cari mood menulis semula. So today aku nak kongsi trip Thailand Bangkok. So lets go!
First Day in Bangkok
Bangkok Trip ni adalah trip luar negara kedua lepas Aceh ( patutnya dah siap post pasal ni). Tapi sebelum dimulakan, elok aku bagitahu kisah macam mana boleh ke sini lagi (lagi lah sebab dah few times ke Thailand but its never boring nor the same).
Asal ceritanya adalah aku gamble random nak ikut Haq ke Bangkok sebab dia menang tiket soundcheck concert kpop. So few days sebelum fly, and ada duit untuk beli tiket flight, I just decide setelah beberapa hari diam jap to just buy the ticket. Duit baht memang ada dari trip Thailand before this, so I just need to buy flight ticket & Haq sponsor accommodation sekali dengan beliau.
Alkisahnya baru touch down dari Aceh 19/6/2025 dan balik Sepang jap. 20/6 pi ikut balik rumah Haq, tutup mata sat dan 5am dah gerak ke KLIA. So malam kita tidur-tidur ayam jelah. Pagi buta dah sampai KLIA tapi tak rasa pagi bebeno sebab ramai je orang kat sini.
Dah check -in & bag hand carry je tapi still kena beratur sebab beg troli tetaplah AirAsia timbang. Dah lepas berlarilah kita melepasi segala gate untuk ke gate L8 kot?. Betul-betul sebelah surau yang haritu aku usha time nak boarding Aceh.
Lupa lak Subuh agak lambat masuk tapi dah penuh orang standby dalam surau. Habis solat, sis boleh chill betulkan tali pinggang. Bila pi gate staff AA cakap dah final call dah untuk flight kami. Huhuh baru tau yang 6.15am tu final call untuk tutup pintu pesawat. Nasib baik sempat & kami 2nd last la yang masuk. Ada budak Chinese lagi lambat masuk walaupun dia tak Subuh pun haha.
Of course seat sejauhnya untuk gue, tapi bukan last seat ar macam dulu. Still bag kat compartment yang hujung sebab yang dekat dah full. Lepas tu apa lagi kita bantai tidur. Dikejutkan oleh steward yang passkan nasi lemak. Haq lanje nasi lemak satu & mintak steward pass kat aku seat belakang. Dalam mamai tak paham dia kata apa, rupanya jangan pegang sini panas. Dah aku terpegang nasi lemak panas terus celik mata.
Pastu rasa confident nak order ayaq kopi sebab baru beli Dunkin coffee RM14 kat KLIA and rasa latte RM 8 atas awan tu ok je harganya. Cakaplah kat steward nak latte & bayar cash. Bila nak bayar dia kata RM 11, eh sis tengok dalam magazine tadi offer RM8 je. Nasib baik cash cukup RM 11, dah la aku ni jarang pegang cash and takde credit card. Setelah disedut airnya, la ni Latte biasa RM11, yang gue nak tu Santan Latte RM12 tapi promo dapat RM8. Silap sendiri la tak cakap jelas or tunjuk je gambar latte tu time order. So sebagai certificed introvert, I just drink it.
Sampai ke lapangan terbang Don Mueang yang selalu menerima kehadiran diri ini. Keluar pintu ke arah luar or senang ko ke kanan je sampai gate luar & nampak tempat tunggu bas. Ha dah sampai Bangkok ni memang aku follow plan Haq je. Kami tunggu bas nak ke area hotel kami.
![]() |
Aiport bas |
Boleh tengok kat sini stop mana yang paling dekat dengan tempat tujuan. Kami naik bas A1 BTS Moochit dan stop di Phaya Thai, patutnya naik Bas A2 stop Victory Monument dan dari situ naik BTS ke Ratchathewi. Tapi bas yang sampai dulu A1, kami naik je sebab tak tau bas A2 sampai bila pulak, takut jadual lari so kita naik je & turun jauh sikit. Bayaran tiket cash 30 baht dalam bas. Nampak ada orang local scan QR pada konduktor bas tapi taktaulah QR kita boleh pakai tak.
Setelah sesi menarik bermula, of course akan singgah di 7E dulu. Beli air mineral dan beberapa keperluan disini. 7E memang ada dimana-mana kat Thai ni tapi kadang kena masuk je sebab nanti dah lupa lak. Also, 7E sentiasa ada promo jadi gunalah Google Lens untuk translate promo contoh 1 mineral water 10 Baht, 2 mineral water 14 Baht. Haq juga cari plug untuk charge sebab mata plug sini lain. Bila pikir, kalau plug 2-pin boleh je kot direct cucuk.
Ok balik ke itineary, kami tarik je bag sampailah ke tujuan pertama iaitu Krung Thong Plaza. Aku masuk without any idea, Haq just cakap kat sini tempat shopping baju plussize. Dan bila masuk dalam, alamak ini asal usul gue. Dia macam Kenanga Wholesale tapi semua seller orang Thai. Banyak baju wanita yang mesra saiz dan duit. Kat sini boleh beli retail 1 helai atau wholesale ( 3 helai dah kira wholesale). Sebagai bekas penjual pakaian, auto confident bila ada wholesale price sebab dah terbiasa beli banyak.
![]() |
Port shopping best |
Dari takde plan nak beli apa, tetiba beg tarik kena sumbat macam-macam da. Memang silaplah pi shopping dengan bangsa wholesale ni. Sini kitorang beli cash je tak terfikir nak tanya atau try payment method lain. Kat sini seller pun ada yang rajin Live shopping, itu yang eh termasuk dalam Live pulak maaf. Pakaian lelaki ada sikit kat sini, kanak-kanak macam tak nampak pun. Also sini ada foodcourt, nampak haritu ada halal food gak kat foodcourt.
Kemudian kita sumbat hasil shopping dalam bag dan bergerak kearah Bangkok City Hotel (Google Map). Tak la dekat tapi taklah jauh mana pun dari plaza. Dah sampai hotel tak boleh check in awal sebab belum time dan dah ramai yang masuk. Tapi hotel ni boleh tinggal luggage & ada orang jagakan. Keluarkan barang keperluan dan bergerak keluar semula.
Stesen paling dekat dengan hotel adalah BTS Ratchathewi kita naik sini menuju ke BTS Phaya Thai (17 bhat) , ni dalam Sukhumvit line warna hijau. Tiket ni kami beli kat mesin & guna TouchNgo je senang. Exit Phaya Thai dan pergi ke airport line warna biru untuk ke Ramkaehaeng Station (25 baht). Dari Phaya Thai tu kitorang follow the flow je tengok gegirl pakai baju merah hitam (dress code concert) sambil seram tengok baju lawa meleret-leret naik escalator.
Dari Ramkamhaeng ni turun dah nampak orang beratur panjang, line untuk ke Stadium Rajamangala. Pengalaman aku dulu pi stadium dari hotel naik Grab motoride. Memang gila bawaknya & tak dapat sampai betul-betul depan pintu. Aku diturunkan selang beberapa jalan yang perlu dilintas. Boleh baca pengalaman dulu kat sini dan tengok video ride motor kat sini
Aku dah tahu option yang ada adalah memang naik motor je ke stadium. Kereta, bus confirm jem nak masuk kawasan tu. Ada orang kata boleh jalan kaki dalam 30 minit jugak tapi idok ler nak buat time tengahari buta gini. Dalam blur beratur nampak ada budak pakai baju sekolah naik Grab moto tapi tak beratur dengan kami. Yelah, mesti dia tempah Grab dan nak ke arah lain, tapi aku cam terfikir order grab moto sorang sendiri. Tapi macam dah monopoli je or standardized je harga & kena ambil kat sini.
Adakah better kalau jalan keluar sendiri & ambil Grab sorang satu kat luar? Kalau korang tahu cara yang better atau ada kawan orang Thai sini bolehlah tanyakan.
Motor yang nak hantar ke stadium ni silih berganti, maknanya tunggu tak lama. Tapi aku cakap better amek sorang 1 motor berdasarkan pengalaman gler dulu. Tapi budak-budak yang naik depan kitorang cakap dia tak nak hantar sorang, dia nak 2 orang terus satu motor. Ko boleh bayang tak 3 dewasa atas satu motor dan confirm tak pakai helmet?? Dah la harga kira per orang. 60baht per person, naik 2 orang 1 motor tetap kena 120baht.
Aku macam dah alamak, tapi kalo terpaksa gak naik jelah sambil dok peratikan seat motor. Pastu pressure nak naik motor tu ke tunggu lain sebab orang belakang dah nak naik je. So kitorang pun naik jelah motor. Before naik aku macam ala seat dia kedepan.
Bila perjalanan dimulakan, amek ko betullah telahan aku. Seat dia jenis kedepan, so aku yang ditengah ni asyik la menggelungsur je kedepan. Kena guna segala kekuatan core badan dan kaki siot la nasib tak cram kaki. Footrest tempat pijak tu memang tak rasalah sebab bendanya kat belakang. Yang lagi seram selain seat kedepan adalah laju nak mampus, tak chill dan WRONG WAY tak ingat dunia.
Ada satu part tu dia nak potong jalan sebab main road tu dah sesak construction. Dia nak juga turun ke laluan lama, dah terhentak motor dia sampai stand motor yang dilipat tu terhentak. Dah tu ko nak naikkan motor camne dengan berat serupa 4 orang dah ni. Ada satu kali tu Haq jerit kuat sebab kepala lutut dia sikit nak bertemu kereta sebelah.
Masa ni ko mengucap dan sebut nama Tuhan je banyak, tudung dah tak ghupe apa dah terbang-terbang dengan angin laju sejuk dan debu jalan raya. Dah sampai, kami turun motor separuh nyawa dah terbang dibawak angin, tapi confused.
Ni bukan rupa Stadiumnya dan tak nak bayar, siap bukak Google Translate nak cakap. Pastu dia kata, ni betul ni sambil tunjuk jalan kedepan. Motor-motor lain pun sampai kesini juga berentinya tapi time tulah takde orang lain. Pastu kitorang pun jalanlah dalam confuse sambil tengok suasana kiri kanan. Penuh dengan budak sekolah kot pakai baju uniform nak pi amek exam. Signboard kat mana pun takde cuma nampak nama jabatan-jabatan gitu.
Sampai satu masa nampak dinding stadium tapi masalahnya mana pintu masuknya. Tanya orang yang lepak tepi jalan tak tahu, tanya student yang lepak dalam pondok pun tak tahu siap dia panik nak speaking. Pastu tetiba nampak budak perempuan dua orang muda, tanya nak pi stadium.
Rupanya dia pun nak ke stadium juga. So kitorang ikutlah mereka sambil bertanya-tanya. One thing you should know about kpop fans adalah, walaupun English kami tak power tapi kami takdelah takut sangat nak speaking. So tahulah diorang ni budak high school and tanya bias siapa. Bias tu apa ko tanya? Adalah bahasa kami budak kpop, korang apa tauu.
![]() |
jauh wei dengan stadium. sikit lagi kena dengar concert tepi pagar |
Nak buat pos ni aku research lah balik, rupanya kami diturunkan di Ramkhamhaeng University, dalam 900meter dari Stadium. Kalau ikut teori aku, dia tak boleh nak turunkan dekat lagi sebab jalan dah terlalu jem untuk dia wrong way & its motorbike ni bukan under Grab pun jadi dia takde pin location pun kalau ko nak bising ke apa.
At least Grab moto yang aku naik dulu dia hantar dekat gate belakang mana ntah, seram kena lintas 2-3 jalan raya tapi dah nampaklah pintu stadiumnya. Kali ini memang jauh ye kena keluar jalan besar dan susur kanan. Dekat nak sampai stadium baru nampak stesen BTS yang dekat dah nak siap katanya 2027. Barulah senang next international concert nak buat bila ada public train direct turun sini.
Setelah itu kami berpisah dipintu masuk stadium lepas bagi Mamee monster buat kenangan. After that its a concert story so malas nak story kat blog ni. Untuk maklumat lanjut pi blog satu lagi pasal kpop tu hehe, but the adventure continue after concert habis.
![]() |
yay dapat masuk concert |
Dah tahu nak balik hotel ni memang kena amek Grab jauh dari stadium sebab 1. Grab susah nak masuk sebab jem 2. Harga akan inflated giler Bayangkan berapa puluh ribu orang keluar stadium dalam waktu yang sama. Tber terfikir kalau tengok bola pun macam ni ke? Almaklum sis tak pernah tengok match bola dalam stadium bola selama ni, siap masuk bucket list lagi
5 minit dari pintu keluar stadium rupanya ada pasar malam. Luas dan panjang jual banyak makanan, minuman etc. Dari beli air mahal dalam stadium tadi, baik tahan sikit perut dan beli kat sini cuma takde kerusi meja lah nak makan.
Kami sempat tapau makananan sebab sini banyak je makanan dijual oleh Muslim bertudung. Haq ambil nasi+ayam, aku amek ayam goreng je sebab rasa macam tak lalu nak telan nasi. Maka keluarlah kami berjalan. Ditepi jalan ramai budak menunggu dan ramai jugak grab menunggu. Bunyi hon sambung menyambung bingit.
Terdengar ada motobike tawarkan harga 500 baht untuk sorang, giler apa fikirku. Masa jalan ni tak takut sebab memang laluan pejalan kaki sebelah main road dan jalan beramai-ramai. Satu time tu siap hujan renyai sikit tapi ok je. Strategi kami adalah jalan sejauh yang boleh jalan, jauh dari stadium sebelum cari Grab.
![]() |
Tersadai di bus stop |
Akhirnya kami stop di satu bus stop dan mula nak cari Grab. Ada satu teksi menunggu disini dan aku tanya harga, Diberi 500Baht dan aku cakap Thank you. Ok-ok, 400 Baht dia kata, aku cakap its ok. Haq order Grab dengan harga 390+Baht tapi ambil masa lama nok tunggu dekat 30 minit. Masa ni rasa nak pengsan pun ya tapi nasib baik ada seat boleh duduk. Nak order Grab pun struggle sebab duit dalam GrabPay tak muncul pun, still kena connect card dulu. Sapa bagi tips masuk duit dalam grabpay tu tak valid ya.
Bila fikir balik kenapa aku tak naik je teksi tu kalau rate dia dah lebih kurang Grab??? Masa tu terfikir kalau 1. Dia tukar harga bila dah sampai (macam time pi Airport Manila) 2. Dia tak tahu Hotel mana sebab pakcik ni macam tak faham hotel apa ( aku tunjuk map tapi tulisan Rumi) 3. What if teksi dia kotor
Aku rasa lagi merana tunggu Grab lama dari jalan menapak jauh dari stadium. Satu lagi, kenapalah kami tak masuk 7E mana-mana otw untuk isi perut sambil jalan/ tunggu Grab tu. Anyway, jauh betul perjalanan Grab itu dan untuk hargai driver yang siap menguap bawak kereta tu, Haq siap bagi extra tips lagi.
![]() |
Beza Hotel The Patra & Bangkok City Hotel |
Ni baru aku search balik jarak hotel kami Bangkok City Hotel its about 11km to Stadium & takes around 30 minute by car & almost 3 hours walking. Sementara hotel yang aku duduk dulu iaitu The Patra Hotel Rama 9 ( Google Map) its about 2.4km to Stadium Rajamangala & takes around 30 minute walking.
Jadi after this nak pilih hotel boleh pertimbangkan jarak hotel untuk jalan kaki. Or ada strategi lain after concert habis. Tapi Bangkok City Hotel tu nice lawa selesa dan strategic gak location dia dengan masjid, makanan halal sekitar & tempat shopping. Maybe sini sesuai kalau nak shopping & other hotel better kalau tujuan utama pi stadium. Again hotel ni nice sebab grab dengan tiket AA berbaloi. So kiralah pro & cons mana yang utama.
Sampai hotel baru nak amek beg dikaunter and check-in nak dekat tengah malam. Mandi, solat, nak makan nasi tadi tapi air takde. Bukak Google Map search 7E near me, eh ada je tak sampai 30meter dari hotel. So turun bawah dengan baju tidur tapi nampak air sejuk kat sini. Last-last minum je air sejuk & bawak naik bilik instead of menapak beberapa langkah pi beli air kat 7E sebelah.
Tadi siap membahan guest lain buat maggie makan kat meja hotel sebab dah serupa budak asrama, last-last sendiri buat gak hahaa. Oklah mari tidur esok nak balik dah.
Last Day in Bangkok
Bangun pagi dan bersiap ke shopping mall. Kali ni kita naik Grab ke Big C Supercenter (Google Map) tak sampai 10 minit naik kereta tapi sebab ada construction tengah jalan sepanjang main road ni. Awal betul sampai, mall belum bukan 9am, so kitorang Google Map 7E untuk cari sarapan. Barulah dapat air koko 7E yang viral itu. Ala dah balik Malaysia baru jumpa trick beli air tanpa ais 1 cup, beli 2 cup ais only and taraaa....you got 2 cups of chocolate/milk tea.
Masuk mall, biasalah kedai tak bukak lagi tapi Big C sudah buka. Ini dah jadi style kami akak-akak beli souvenior. No more fridge magnet dan baju I Love Bangkok. Instead its products from Thailand. Kat sini banyak product lokal tapi export standard so lawa, murah dan senang nak tengok Halal status. Also kalau ada tester pun promoter akan tunjuk ni ada Halal, baguskan?
So we spend 1000 Baht lebih each here. Antara benda yang aku nak beli tapi tak jadi sebab takde Halal cop adalah ulat & belalang kering hahahaa. After that we went up to food court, ada satu je kedai makan halal sini. Masa ni sis dah rasa perut masuk angin. Telan Gaviscon 1 tapi tetap makan nasi tak habis.
![]() |
Menu yang ada |
![]() |
Jumpa ni kat food court |
From here we go out to the other side punya walkaway. CentralWorld tu pun macam ada lebih banyak option makanan halal. On the way balik singgah masuk lalu Platinum Fashion Mall. Sedap aircond sini, restoran halal macam ada a few inside, tapi harga sini mahal sikit la dari mall semalam, sini lagi banyak tourist so price standard.
![]() |
Manalah kita tau ni tempat OOTD influencer |
Pastu kami jalan kaki je balik hotel. On the way balik Haq mencari farmasi nak beli sejenis cream and I end up at 7E sebab perut dah mula pedih bisa. Aku tak tau cari apa tapi something to consume because Gaviscon didnt work. End up masuk toilet hotel baru lega tapi bisa tu datang -datang. Berhari-hari gaklah baru elok perut ni kat Malaysia.
![]() |
Ni pil kunyit untuk sakit perut katanya, tapi sis endup tak makan taku tak jumpa toilet or worse, toilet takde bidet! |
Kami checkout dari hotel, pass barang sebab tadi beli mix item and timbang beg. Bawak scale sendiri dari Malaysia, function betul bila ko bergantung luggage hand carry je. Sekali sister terlebih berat, total nak dekat 9kg instead of 7kg. Ingatkan baju dan seluar terbeli semalam tak berat, silap nok. Ini je nak dekat 2 kilo, so terpaksa la sis tumpang luggage Haq. Which also mean I cant get my baju until we meet again. Semoga berat masih steady & baju muat lagi hahahah
![]() |
Souvenior makanan je ft scale timbang berat |
Story didnt end here because after that kami berperang dengan masa. Grab takes forever and we start sweating sebab tiket Haq is 3.15pm so 1.15pm at least dah standby airport. Masa ni dah 12pm Grab tak dapat lagi. Flight aku 4.45pm, lambat sikit semata nak jimat harga flight & hand carry je. So we cancel the Grab & tanya teksi yang dok parking kat hotel ni harga.
Dalam kekalutan, rupanya hotel boleh carikkan teksi and orang tu kata 500 baht, we just agree sebab lebih kurang je harga Grab yang tak sampai dari tadi. Pakcik teksi kata dia hantar ke airport 600 baht tapi orang hotel dah bagi 500 so dia ok je. Teksi Avanza lama tapi ok lah.
Haq mintak fast, fast so pakcik ni bawak lalu lorong belakang lalu segala kedai dan dapat patah ke main road. Nampaklah kat mana jem dan kenapa Grab tadi stuck lama. Zoom we go to the airport, dalam resah tu aku sempat terlelap dalam kereta because you know I'm old and we sleep whenever and wherever we can.
![]() |
Nampak Cha Tra Mue ni pandang kiri, ada surau. Solat dulu baru teh |
Bayar cash 500baht and off we go inside. The airport entrance sangat dekat so thats good. Haq terus masuk ke arah boarding area. Me just pusing-pusing jap sambil cari surau because I know ada surau sini, haritu pernah solat. Tiba-tiba Haq wasap cakap ubat gigi dia sekotak (dalam tu 2 new tube), ubat gigi nak habis dan skincare nak habis kena buang. Ah pulak dapat pemeriksaan teliti. Ubat gigi tu aku suggest sebab first time pakai dulu function terus nampak kurang yellow stain coffee pada gigi.
So aku pun membuang la sebahagian ubat gigi baru beli tu dalam toilet surau. Buang dalam bakul sampah la bukan dalam lubang toilet, aku keluarkan separuh ubat gigi hingga tak lebih 100ml tu pastu gulung-gulung ubat gigi. Selesai solat aku pun masuk jugak boarding dan alhamdulliah lepas pemeriksaan. Tiber ramai pulak pegawai diorang kat sini, seram gue. Lane sebelah stok makanan dalam tin kena rampas.
Aku mencari-cari cafe Amazon sebab dah masuk dalam list dari zaman first pi Thailand sampai la ni nak kopi Amazon tapi tak jumpa dalam boarding area. Ingatkan kat dalam, tapi kat luar kot padahal boarding area dalam ni luas amat. So kena ke Thailand lagi nanti ni sebab bucketlist Thai masih belum tercapai antaranya kopi Amazon, muaythai/kickboxing class, Thai cooking class. Also kali ni tak sempat pi Thai massage.
![]() |
Delay sejam tak dapat claim insurance pun |
Haq selamat dalama flight and me pusing-pusing beli cappucino dan makan jajan belian sambil tunggu flight yang akhirnya AA reschedule to 1 hour later, making me arrived in Malaysia late at night. But alhamdulliah, selamat pergi dan kembali untuk trip Thailand tetibe.
Stay the night at Sepang dan drive balik Muar the next day alone. Spend the next few days dengan perut bisa, demam urat, susah nak tidur. End up pegi Thai massage kat Malaysia sambil teringat Thai massage 200 baht.
We got kesedaran that we might look & feel young but our body going to 40s real quick hahaha. Also I'm enjoying a lot of Enhypen content now, so ya maybe we see you in other concert??
Another thing I realized after this trip is, nothing is impossible especially if you got some money and a little bit of craziness, just go for it. That's dangerous tho because now I cannot be stop lagi-lagi kalau ada geng.
So that's it.
Bye!
No comments:
Post a Comment