Pages

Review The Patra Hotel Bangkok Thailand

Assalamualaikum.

Kali pertama nak stay di Bangkok, aku memilih hotel The Patra. Betul ada banyak pilihan lain yang lebih murah dan accessible. Tapi hotel ini aku pilih sebab nak dekat dengan Stadium Rajamangala. 

Disebabkan book last minute, hotel yang walking distance dari Rajamangala sudah sold out atau mahal bebeno. The Patra dalam 30 minit walking distance, taua 10 minit je berkereta ke stadium, berada dalam daerah Bangkapi dan fasiliti dia oklah.

The Patra ni sebenarnya ada beberapa bangunan bersebelahan dan pastinya harga dan fasiliti berbeza. Untuk bilik yang mewah macam suite tu di bangunan baru yang ada swimming pool tu (katanyalah, aku tak sempat try).

Aku book 3 hari 2 malam untuk Standard Room. Harga mahal sikit lagi bagi bajet backpack macam aku ni, tapi nak buek camno tak banyak pilihan dah tapi aku puas hatilah duduk sini.

Untuk standard room, 3 hari 2 malam untuk 2 orang kena RM270 iaitu 2,007 baht termasuk service tax 10%, tax 7%.  Kira satu orang RM 67 satu malam.

Apa Yang Best?


1- Lokasi

Dekat dengan Suvarnabumi Airport (Airasia turun kat Don Mueang Airport tau). Stesen paling dekat adalah Airport Rail Link Ramkamhaeng station. Dari Ramkamhaeng ke hotel ni dalam 7 minit. Boleh naik motor yang beratur didepan station atau naik Grab, teksi dll.

Tak jauh dari hotel ni ada Ahmad Rosdee Halal Food, kena jalan sikit dalam 5 minit. Harga tak pasti pulak sebab tak sempat cuba. Betul tepi hotel ada kedai runcit kecil, kalau nak beli aiskrim ke yang sikit-sikit tu ada.

2. Fasiliti


Ada peti ais besar dalam bilik, jadi bolehlah isi macam-macam. Air sejuk pun ada diberi 2 botol. Ada heater dan cawan untuk buat air. Ada meja boleh letak barang dan makan-makan. Toiletries pun penuh ada semuanya, shower dia kuat ok.

Katanya kita boleh juga ke Patra depan ni dan pergi ke rooftoop yang ada swimming pool tu, beritahu receiptionist dia lah kot. Entah, korang cubalah nanti bagitau nice tak.

Lif ada jangan risau. Ada restoran yang sentiasa penuh dengan auntie uncle mainland yang karaoke sepanjang hari hahaha

3- Receptionist


24 hours sentiasa ada. Bell men, Guard pun ada. 

Apa Yang Tak Best?


1- Soundproof

Dapat pulak kau jiran yang tak reti katup pintu perlahan, berlempung bunyi setiap kali dia tutup pintu bilik malam-malam. Selain tu, disebabkan hotel ni berdepan dengan jalan besar, bising sikitlah waktu siang sebab kenderaan banyak, malam tak bising.

2- Wifi


Tak taulah bilik aku je ke problem tapi internet dia tak berapa kuat dan laju, sendu sikit. Nasib baik ada penyelesaian lain iaitu Roamingman (ha, ni nanti aku stori).

3- Room Service Rajin


Lupa nak pesan tak mau room service, dia masuk juga dan kemas bilik. Dapatlah air, towel dan toiletries baru. Nasib baik tak bersepah sangat biliknya dan tiada barang berharga. Nanti bagitaulah tak mahu room service jika tak nak.

Tempahan


Untuk tempah hotel ini bolehlah masuk ke Milkadeal atau Shopback sebelum terus ke web booking.com atau  Agoda untuk tempahan




No comments:

Post a Comment