[Ini adalah catatan random aku sepanjang menunaikan Umrah. Lompang-lompang, banyak skip tapi aku simpan disini sebagai kenangan]
Selepas Subuh, kami segera bersiap. Van yang ditempah sudah menunggu diluar. Seperti yang diberitahu, perjalanan mengambil masa 15 minit ke KLIA.
7.30 pagi kami sudah berada di depan Kaunter K, 30 minit lebih awal dari arahan mutawif.
Troli penuh bag itu kami tinggalkan sahaja ditepi sambil beberapa jemaah lain mula berkumpul disini. Sarapan di McD sedap juga disini. Bermacam menu sarapan ada walaupun bubur sudah habis.
8.30 pagi, kami mendapat pelekat tag bag yang perlu ditampal pada setiap bag. Abah terus menyusun bag dihadapan kaunter. Pegawai bertugas akan memastikan beg jemaah mengikut syarikat check-in dengan baik.
9.00 pagi, kami diminta berkumpul berhampiran kiosk Tabung Haji untuk sedikit taklimat. Ustaz menerangkan itineari sepanjang 12 hari di Mekah dan Madinah.
Peringatan tentang keselamatan wang, ketua keluarga perlu mengetahui dimana mahram berada, kad nama yang perlu sentiasa dipakai sebagai pengenalan diri dll.
Ustaz turut mengingatkan nanti disana suhunya rendah, bawalah baju tebal untuk solat Subuh di masjid nanti. Pengunaan nosk juga digalakkan kerana di Mekah sedang sibuk dengan pembinaan hotel dan penambahbaikan di kawasan telaga Zam-zam.
Sebuah nosk bukan saja dapat menapis habuk, malah supaya patang larang ihram iaitu tidak menutup muka dijaga. Nosk dengan harga RM 20 sebuah. Kami membeli 8 buah nosk, dengan 2 nosk untuk setiap orang.
Selesai taklimat, kami menerima passport masing-masing lalu terus menuju kaunter imigrisen. Aku dan Angah mudah saja melalui pintu automatik. Mungkin kami perlu membantu Umi Abah agar mahir gunakan autogate yang mudah dan segera.
Setelah proses scan barang, kami menaiki aerotrain untuk ke lintu C4. Terus saja kami menunggu di boarding hall. Nampaknya penerbangan kami juga bersama jemaah dari Indonesia. Meriah dan mudah saja mengenal mereka dengan mini telekung dan kemeja batik seragam serta selempang berwarna.
12.30 tengahari barulah kapal terbang mula bergerak. Bilangan penumpang yang ramai dalam Boeing 787-9 mengambil masa untuk selesai walaupun dibantu pramugari bertudung.
Sebaik kapal terbang berlepas, kami diberi wet tissue dan earplug. Skrin LCD menawarkan pelbagai siaran filem, rancangan TV, ebook, audio, games dan lain-lain.
Sedang mengodek-godek skrin LCD, pramugari menolak tray dengan pilihan minuman dari air mineral, susu, jus oren, jus nanas, jus mangga dan lain-lain.
Sudah masuk waktu Zuhur, jemaah bergilir-gilir mengambil wuduk di bilik air lalu solat diruang solat. Jika tidak mahu bersesak boleh sahaja solat di waktu Asar ketika kurang orang. Kami pula hanya menggunakan spray wuduk lalu solat sambil duduk.
Seperti dijangka, sinki tandas agak tersumbat kerana ramai mengambil wuduk disana walaupun ada disediakan spray wuduk didalam tandas.
Tidak lama kemudian makan tengahari dihidangkan. “Ayam atau daging?” tanya pramugari dalam bahasa Melayu. Wah, memang mewah makan tengaharinya.
Nasi dengan pilihan lauk ayam atau daging dengan sayur, salad jagung, roti dan mentega, air mineral dan kek sebagai pencuci mulut. Kami juga diberi air teh panas selepas itu.
Selepas beberapa ketika, lampu pesawat ditutup. Kami mengambil kesempatan melelapkan mata dengan tempoh penerbangan agak lama iaitu 8 jam 25 minit.
2 jam lagi kami akan mendarat dan dihidangkan dengan set makanan kedua. Kali ini aku memilih makaroni dengan side dish salad, roti dan kek aiskrim.
KUL-Jeddah- Madinah Munawarah.
4.15 petang waktu tempatan kami tiba di Lapangan Terbang King Fahd. 7.20 petang baru selesai masuk di dalam bas untuk ke Madinah. 430 km dari Jeddah ke Madinah.
Sejam setengah kemudian di Wadi Qudit berhenti rehat untuk makan malam dan solat 9.05pm. Berhenti rehat selama 20 minit.
Baca tips umrah disini https://bilakakiberjalan.blogspot.com/2018/04/tips-umrah-mekah-madinah.html
Tengok video kenangan kami di Mekah & Madinah 2017
No comments:
Post a Comment