Tuesday, 7 March 2017

Hujung Minggu di Tadom Hill


Pemandangan tepi tasik Tadom Hill

Akhirnya kami jumpa semula! Lama betul tak bercuti dengan Adah & Haq. Seperti biasa Haq menjemput aku dan Adah lepas habis kerja. Mula-mula dah confuse sebab takde itineari. Oleh itu pergi makan malam dahulu sebelum menuju ke Jenjarom.

Base camp kali ini adalah Jenjarom di Selangor. Fuh sekarang Jenjarom maju ok. Tesco, Starbuck, Pizza semua ada takyah jauh ke Banting sana. Dari Jenjarom ke Tadom Hill tak jauh pun dalam 30 minit gitu. Kali ini kami berempat dengan adik Adah.

Direction ke Tadom? Senang je pi ‘ON’ Waze lepastu search. Kami terlepas simpang ke sana tapi takpe cool, kita cari jalan untuk U-turn. Dari susur jalan ke kawasan Tadom Hill atau lebih mesra dipanggil Bukit Tadom oleh orang tempatan, terus nampak tasik. Jalan terus sampai la nampak banyak-banyak kereta.

Ha, itulah tempat parking kereta. Kereta dan motor boleh parking. Bas beso, bas persiaran semua tak boleh masuk dalam parking sebab jalan dia kecik je. Parking free. Datang awal, banyak parking kosong. Yang penting jangan blok kereta orang.

Kaunter pendaftaran

Depan pintu masuk tu tempat isi nama dalam form tentang keselamatan or something. Isi borang dengan pak guard dia. Kat sini baru kami dapat tahu tiket adalah RM 35 seorang. What!! Ini sudah lari bajet, dalam internet kata dalam RM20++ je.

Dalam banyak-banyak hari, hari ini rupanya Tadom buat Chap Goh Mei celebration. Memang hari Chap Goh Mei pun haritu sebenarnya. Guard tu beritahu nanti ada hi-tea pukul 3 dengan ada tarian naga. Nganga2 mahal tapi sebab dah sampai kan, kita proceed je la.

Kaunter check-in, bayaran tiket.

Lepas isi form kita ke kaunter untuk buat bayaran dan dapat tag masuk ni. Siap ada reben pinkeu. Bayarlah kami RM 35 sorang. Dah tu handphone, dompet semua kena tinggal sebab semua nak main air. Bayar pulak loker RM 10 + deposit RM 10.

Harga tiket Tadom Hill

Harga daypass dewasa RM 22 (weekday), RM 25 (weekend), RM 28 (peak season), RM 30 (super peak season).

Harga daypass kanak-kanak RM 17 (weekday), RM 20 (weekend), RM 22 (peak season), RM 25 (super peak season)

Jangan tanya super peak season tu bila. Aku pun tak sure. Kiranya kitorang kena time super saiyan peak season kot. Bagi budak bawah 2 tahun & senior citizen 60 tahun ke atas adalah free.

Settle letak barang dalam loker, masing-masing blur sebab tak tau nak kemana dulu. Terus ke tempat paling striking disini iaitu pondok life jacket. Pakai dulu life jacket sebelum masuk air.



Menurut Bila Kaki Berjalan (2017), ciri-ciri life jacket yang sesuai dipakai adalah :
  • semua klip ada dan boleh diguna
  • wisel ada
  • saiz yang sesuai
Senang kata life jacket yang berfungsi dan yang saiz korang. Aku dok perati je kawan-kawan yang acah-acah badan comel lalu memakai life jacket budak/ kids. Sian budak-budak kecik nak pakai life jacket takde nanti kak.
Kemana destinasi kita seterusnya?
Ke tempat pelantar dan tengok-tengok air. Ada signboard kata boleh main air dari pukul 9am. Patut takde orang lagi. Jam baru nak jejak pukul 9 pagi. Untuk daypass masanya adalah 9.30am-6.45pm rupanya. patutlah kami orang luar paling awal sekali. Kami jalan ke belakang sikit mencari port orang terjun dalam air tu.

Macam biasa kena panjat pokok sikit. Maximum naik pelantar atas tu 5 orang. Jangan lebih-lebih, gegor pokok tu. Masa kami naik tu life guard dia pun baru naik ke atas. Sesi berborak dengan Arul sambil kami pesan “nanti tengok-tengokkan kawan kitorang ni kat air tau” sambil aku mengangkat tangan mengaku..hhaha



Antara kami berempat ni Haq je boleh berenang. Adah dan adiknya boleh terapung. Aku?hahaa. Pening kepala life guard bila dengo status berenang kami. Ingatkan dalam air tu sama macam kita berdiri je, baik punya dia kata kalau “kalau camtu pi kolam renang je kak”..hahaa

Disebabkan takde orang, kami bergilir ambil gambar kat tempat terjun tu. Lawa la sebab nampak tasik dan bukit sikit kat depan tu. Tempat terjun ni pun dibuat dari buluh dan dia ada rasa melantun sikit. Feeling Pandalela Rinong sebelum nak buat forward 1½ somersault dengan level of difficulty 4..cewaah

Kat atas ni ada tempat untuk melompat dan tempat gayut lalu menjatuhkan diri dalam air. Setelah berpikir-pikir kami decide nak main rakit dulu. Rakit buluh ada dalam 3 biji ( ape wei penjodoh bilangan untuk rakit??) kat bawah pokok terjunan ni.

Maka Haq ditugaskan untuk terjun dalam air lalu berenang mendapatkan rakit untuk kami naik. Setelah struggle seketika, kami berjaya naik ke atas rakit dan dapat 2 paddle. Mendayung la kami sampai ke hujung tasik.

Sampai ke hujung lalu patah balik ke tempat terjun tadi. Orang dah mula terjun dan kami berhenti sambil memberikan semangat dan poin untuk terjunan yang ada. Boleh plak berebut dayung sekejap dengan geng budak mana ntah, kata dia satu rakit satu dayung je.

Apa punya rules ntah ni. Susah ler nak gerak der kalau 4-5 orang atas rakit, mendayungnya sorang je. Tengok rakit-rakit lain banyak takde dayung pun. Fine! “Ko tunggu situ, kitorang pi amekkan dayung kat sana!”



Gigihlah kami jadi tukang kutip dayung untuk orang lain. So kami pun pergilah sampai hujung tasik sana amek dayung atas rakit yang takde orang naik ni. Dah kasi kat budak tu suka hati dia je acah-acah nak terbalikkan rakit kitorang. Eh, sibuk je rakit kitorang “belen”, rakit dia capsized je sebab dah berat tak stabil kan.

Disebabkan satu rakit ni baik je orang dia, kitorang siap offer “ Nak dayung tak” Nah”. Baik tau kitorang.
 

Kat darat, pelantar dan mula ramai orang. Fikir-fikir kalau kita dah turun rakit ni memang takde chance la nak dapat balik. So, apa kitorang buat adalah keliling lagi tasik ni, lalu parking rakit sebelah hujung tasik.

Air tasik ni takde arus kea pa, jadi bila tak mendayung memang tak bergerak la rakit itu. Sesi berborak sekejap atas rakit. Tak besar mana pun kawasan yang boleh kita berenang atau berakit. Tak boleh lebih dari boya yang ada which is setakat mana 2 orang life guard punya vision boleh nampak la kan.

Dah mula terik dan kami kembali ke pelantar sambil melepaskan rakit pada orang lain. Lepastu mati kutu. Kenapa? Sebab semua hut atau pondok-pondok sini kena bayar kalau nak duduk. Tempat yang free pulak telah dikuasai oleh orang lain yang meletakkan beg, kasut, botol air dan duduk kat situ.

Kami pun melepaklah bawah pokok kelapa tepi pondok lifejacket sambil “people watching” dan sesi meluahkan idea dan ketidakpuasan hati dengan bayaran RM35 untuk aktiviti air sahaja. yang lain KEBANYAKKANNYA kena bayar lagi.

Kemudahan Tadom Hill

Apa yang termasuk dalam harga tiket adalah:
  • parking
  • life jacket
  • aktiviti air (berakit, berenang, terjun dari pokok)
  • surau
  • bilik air, bilik mandi
  • game limbo, dam haji, dam ular, jenga, tarik tali
  • set bawah pokok
  • jalan-jalan tengok pondok bilik orang lain
  • ambil gambar kat pintu masuk dia

Aktiviti di Tadom Hill

Kemudahan Free 
  • Tadom Splash ( 5m diving platform, tarzan swin) 
  • Treehouse 
  • Bamboo surau
  • shower& toilet buluh
  • parking
Selain daripada tu kena bayar
  • game bola pantai, bola keranjang,pingpong, badminton ( ada deposit, cas harga ikut masa)
  • loker ( RM10 + deposit RM 10 satu loker)
  • pondok
  • bbq
  • flyingfox
  • Tadom Hill Cafe 
  • Bamboo hall
Boleh buat seminar ke training dalam dewan ni. Boleh sewa untuk harian dan pakej overnight sekali dari RM 500-RM 1600

Kat sini boleh buat wedding photoshoot, camping, teambuilding dll. Masa kami pergi ni pun ada beberapa group yang buat teambuilding kat sini.

Ada treehouse boleh tengok pemandangan Tadom dari atas. Ada orang tidur atas sekali haritu, segan aku nak pi kacau.


Bawah treehouse ni bolehlah ko tulis-tulis macam sampai Namsan Tower dulu.


Toilet dan bilik mandi dia banyak . Tapi cuma ada air je. Toilet necessities macam pencuci ke sabun tu kena bawa sendiri. Surau pun ada dengan tempat wuduk sebelah tepi. Dekat sini semua bangunan dia dibuat dari buluh tau.


Tempat yang dijadikan dewa makan tu bamboo hall. Boleh buat seminar ke training dalam dewan ni. Boleh sewa untuk harian dan pakej overnight sekali dari RM 500-RM 1600

Ada juga activity of the day dia yang boleh menang prize. Masa tu activity terpilih adalah limbo yang oleh menang hadiah.


 

Nasib baik ada bekal mee hoon. Kongsi meehoon dan aiskrim roti. Baru 2 jam dan kami dah habis main air. Kami pun borak, makan meehoon, pergi bilik air, main dam, main jenga, main limbo. Dah mati kutu tak tahu nak buat apa sebab tak nak balik lagi.

Rugilah kalau nak balik dah. Lagipun nak kasi berbaloi, kami nak tunggu jugak sampai pukul 3 sebab nak makanan dan tarian naga kami. Maka diorang pun sarung lah balik life jacket dan pergi berenang dekat pelantar tu.

“Ikan dilaut, asam didarat”. Sebagai seorang “asam” aku pilih untuk tak berenang dan berehat bawah pokok. Jengah-jengah cari port yang boleh duduk tepi tasik. Maka berehat dan tidurlah aku bawah pokok buluh berselindung dari terik matahari ditemani angin sepoi-sepoi. Terlelap jugak.

Bosan melihat orang berenang, backflip, terjun beramai-ramai, renjis-renjis air aku pun berjalan sekeliling tempat ni.

Dekat sini ada café dia sendiri. Air range harga dari RM3-RM 10. Coconut shake pun RM10. Tepi restoran tu ada tempat duduk. Ha kat sini nak minum borak tepi air boleh, nak baring tan (kalau ko tak cukup tan lagi duduk Malaysia ni kan). Nak duduk kena beli air dulu tau tak boleh main masuk je.

Ada juga orang yang bawak BBQ set diorang sendiri. Ha, ini bagus. Kalau nak makan kat sini jimat, bawak bekal, BBQ, air, pinggan cawan sendiri macam piknik tu. Lepastu sewa lah satu hut untuk family korang. Kalau nak masuk café dia tak boleh bawak outside food.

Ada banyak pondok tapi kalau ramai orang memang tak dapat la korang. Nak selamat, datang awal terus sewa atau korang reserve dulu. Nak reserve tu ko call la dulu.

 

Jenis Bilik

Selain banyak hut untuk duduk dan makan ni, ada beberapa jenis bilik berbentuk hut atau pondok kat sini. Suka diingatkan hut dia kecil ngam-ngam, ada tilam, ada kipas.

1. Bamboo Hut

 

 

Pondok ni kira macam dorm untuk 12 orang. Ada kelambu untuk setiap tilam dan ada curtain setiap 2 tilam, bolehlah tutup privasi. Privasi ok. Nak book tilam sahaja boleh, nak book satu pondok tu pun boleh.

Rate : RM 75 (weekday), RM 85 (Jumaat-Sabtu), RM95-RM 105 (peak season) /pax termasuk breakfast
Nak check in ada security deposit RM 100
2. Hammock Spheres




Ada 2 bijik hammock ni Northern Hammock Sphere and Southern Hammock Spher. Setiap satu hammock boleh masuk 10 biji hammock. Setiap hammock tu ada soket, takdelah berebut nak charga phone. Ada kipas dengan open air, aircond takde.
Harga RM 65 (weekday), Rm 75 (weekend), RM85-RM95 (peak season) / pax termasuk sarapan

3. Gendui chalet

Ada 3 biji chalet ni dengan 2 single bed/ 1 queen bed. Boleh masuk sampai 4 orangtapi 2 orang lagi tu ada extra charge. Toilet macam biasa kat luar, takde dalam bilik.

Harga : RM 240 (weekday), RM 260 (weekend), RM 280-RM 300 (peak season)
untuk 2 single bed atau 1 queen bed untuk 2pax.
Tambahan maksimum 2 orang RM 75/pax

4. Bamboo tent

Pondok ni sebenarnya dibina sebagai kawasan untuk pre-pitched khemah. Lepastu aku rasa orang kita berapa nak reti tidur dalam khemah, jadi dia convert jadi pondok buluh terus. Pondok ni ngam-ngam boleh masuk 2 dewasa dalam satu khemah.

Harga: 
Tepi tasik RM 150(weekday), RM 170(weekend), RM 190-RM 210 (peak season) /tent termasuk sarapan
Dalam garden RM 130(weekday), RM 150(weekend), RM 170-RM 180 (peak season) /tent termasuk sarapan



Lama kemudian, budak-budak ni sudah keluar dari air dan kami pun menunggulah makan petang sambil cas phone kat tempat makan ni. Nasib baik lah makanan dia adalah heavy food, kalau tak menyumpah jugak la kalau bayar mahal, tunggu sampai petang dapat karipap dengan the o je kan.

Banyak juga menu dia spageti, meehoon, dimsum, pau, pisang goreng, pulut panggang, buah limau, kopi panas. Berulang-ulang makan sebab nak kasi kenyang berbaloi kan. Tengok lah jugak 2 ekor naga tu buat tarian.

Dalam pukul 4 macamtu kami pun berangkatlah pulang. Dan berakhirlah hujung minggu Tadom kami.

Ni aku kasi beberapa tips ke Tadom Hill untuk korang
  • kalau korang tak ramai, tunggu dikaunter dan join mana-mana group yang ada. Harga untuk group yang ramai lagi murah
  • datang weekday lagi murah
  • pakai sunblock banyak
  • bawak bekal air dan makanan sendiri
  • kalau perlu overnight di sana, tempah awal
  • datang awal untuk dapatkan gambar cantik tanpa penuh orang
Boleh tengok website Tadom Hill iaitu http://www.tadomhillresorts.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...