Monday, 26 September 2016

Dapatkan semula duit dengan MilkADeal sempena MYCYBERSALE2016

Tahukah anda bila kita book bilik, beli tiket dan shopping sakan di Lazada, kita boleh dapat semula duit tu dalam bentuk cash. Ha, boleh shopping lagi kan lagi-lagi sekarang tengah #MYCYBERSALE2016 Promo price dia memang boleh gigil la tengok.

Ada beberapa program yang boleh berikan kita cash semula. Aku gunakan dua program iaitu Milkadeal dan Shopback. Aku kenalkan pada program Milkadeal dulu ye.
(Update: Tutorial daftar Shopback sudah siap!)

Ok, meh aku story macam mana dia berfungsi.

Step 1. Ko log-in tempah bilik hotel di Agoda.com
Step 2. Ko bayar & dapatlah bilik hotel sahaja.

Tapi ko boleh dapat duit balik dengan cara ni.

Steps dapatkan cashback

  1. Pergi website milkadeal.com & Login
  2. Klik website Agoda.com dari sini. Dia akan bawa ke website Agoda.com juga
  3. Login dalam akaun Agoda anda & tempah bilik hotel 
  4. Buat bayaran untuk tempahan bilik.
  5. Cashback akan dimasukkan dalam akaun milkadeal anda.

Cash semula tu bergantung pada berapa % ko belanjakan. Setiap website punya peratusan komisen berbeza. Contohnya Agoda beri RM35 cashback, booking.com kasi 6%, Airasiago beri 8% cashback.

Contoh beli-belah untuk travel dan dapatkan cash semula.

Travel website yang selalu diguna
Sila dapatkan cashback jika ada buat pembelian

Yeay boleh dapat cashback bila book guna Agoda, booking.com

Jadi bila ko book bilik harga RM 150 di agoda, ko boleh dapat semula RM35, ko spend RM 300 kat Airasiago, ko boleh dapat RM 24 balik bergantung pada webstore tu. Ok la kan dapat sikit dari ko spend beratus shopping, dapat plastik poslaju je lebih.

Kadang-kadang ada juga promocode dan diskaun selain boleh cashback. Rajin-rajin masuk sini dulu sebelum pergi website online shopping tu. Sekurang-kurang kena ada RM 10 dalam akaun ni sebelum kita boleh keluarkan dan dapat duit tu semula, jadi banyak-banyakanlah shopping.

Jadi apa lagi, mehla daftar FREE je, lepastu dapat kumpul duit nak berbackpack lagi.
Kalau korang daftar kat sini dapat RM5 free terus, kumpul lagi RM5 boleh keluarkan dah duit tu.



Ni contoh cashback aku. Sebab malas diamalkan, ada la RM 2 lebih...kahkahkah..Tapi yang penting dia memang real dan  betul. Kalau blur sungguh tak faham macam mana nak daftar, meh aku tunjuk step by step daftar milkadeal je sebab shopping online semua dah power dah.

Ok sudah faham kan? Mudah sangat ni. Terus je daftar milkadeal dengan free kat sini --
DAFTAR MILKADEAL

Peringatan

  • turn off adsblocker supaya transaksi dapat dikesan (kalau tak rugi je)
  • semak cashback dalam akaun milkadeal. Jika tiada cashback dalam masa 48 hours, hubungi pihak milkadeal 
  • gunakan promocode jika ada
  • kalau rajin, bandingkan nilai cashback website lain juga
  • selain referral bonus, bila kawan tu berbelanja kita pun dapat bonus sikit
  • milkadeal lagi cepat dapat redeem berbanding Shopback

Selamat beramal & semoga lebih jauh kaki berjalan!

p/s Ringankan jari tanya soalan kat bawah kalau ada problem

Nabila,
Yang dah rugi beberapa kali sebab adblocker T_T

3 comments:

  1. sy pon ada la dpt rm3, belian bulan 5, tp smpi skrg asyiki pending je. nape tak masuk akaun pon?

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa tu..pending kadang sampai berbulan-bulan padahal rm1 je pun. boleh email milkadeal tanya.tweet tanya pun sebulan baru reply ><

      Delete
  2. salam adblocker tu ape benda...hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...