Marilah menunaikan tanggungjawab menulis pasal trip Hong
Kong & Macau September tahun lepas. Sebenarnya trip HK ini idea asal Adah.
Dijadikan cerita, Adah yang tak dapat join trip ni. Kali ini aku, Haq, Nadz dan
Fedit berempat ke negara Fei Mau.
Jumaat, 4 September 2015
Seperti biasa, aku dan Haq akan sentiasa berlari-larian ke boarding gate mengejar flight. Takde mana last call pun bila kat boarding hall tak ramai orang pun lagi. Kat sini baru aku first time jumpa Fedit.
Hi Fedit! Sempoi aje Fedit dengan bagpack dan beg tarik. Masuk la kami dalam perut flight AA menuju Hong Kong (HK).
Sampai di HK International Airport (HKIA) dan kami jumpa Nadz pulak yang naik flight awal dari kitorang. Hi Nadz! Maka cukuplah ahli untuk trip HK ini. Kita mulakan pengembaraan dengan mencari Octopus Card. Kad sotong ni boleh digunakan untuk pengangkutan awam dan juga dikedai serbaneka. Kad octopus boleh dibeli di kaunter tiket keretapi (macam kat bawah) dan juga kedai serbaneka dan dalam station subway.
Kaunter Airport Express |
Nak beli kad ni dalam airport mudah saja. Pi carik kaunter Airport Express. Ada beberapa bila keluar dari gate arrival tu. Kalau pergi yang paling dekat dengan pintu arrival, kadang-kadang ramai orang kena beratur, jadi pi la jalan sikit carik yang lain supaya tak yah beratur panjang.
Kami beli dekat kaunter Airport Express yang dekat dengan pintu Terminal 2. HKIA ini ala-ala KLIA jugak ada 2 tapi dia dekat-dekat je, boleh jalan dalam bangunan. Beli Octopus card on-loan kat sini berharga HK$150 ( HK$ 50 deposit, HK$ 100 nilai dalam kad).
Untuk ke tempat penginapan, ada beberapa cara antaranya guna bas,bas hotel teksi, kereta api,limo dll. Kami akan naik bas ke tempat dituju. Kenapa guna bas? 1) Murah (reason terpenting untuk semua benda) 2) Dapat tengok pemandangan HK. 3) Tempat diturunkan walking distance ke tempat penginapan. Tapi kena korbankan masa sikit la sebab dia sejam.
Untuk ke tempat bas, bila jumpa pintu menghala ke Terminal 2 (tengok gambo) masuk dan ke kanan. Straight je dan akan jumpa tempat bas. Kalau terus straight akan naik kereta api dan kalau ke kiri akan pergi ke Terminal 2 HKIA.
Ha pilih ko nak pi mana |
Bas A21 |
Pemandangan dari atas bas |
Hong Kong pusat import eksport |
Pemandangan biasa rumah orang HK |
Macam ni lah rupa perhentian bas |
Selesai beli tiket Macau, kita pun teruskanlah perjalanan ke penginapan kami iaitu Mongkok Hotel. Untuk penginapan di HK, Fedit yang carikan di Airbnb. Ini kali pertama aku stay dihotel book guna Airbnb. Tapi bukan hotel bangunan sebuah yang kita biasa bayangkan tu. Aku suka hotel ni, review Hotel kat sini.
Sebelum sampai di hotel ini harus ada drama. Kalau mengikut
arah yang diberi untuk ke hotel, dekat saja. Tapi dengan English mereka tu,
confuse jugak kami. Dah berjaya sampai bangunan hotel, kami mencari hotel
ditingkat mana. Masuk lif je dah blur. Tau kenapa? Sebab nombor dalam lif dia
tak semua ada. Ah sudah! Nombor 1,3,4,5,9,14,16 macam tu. Kena masuk lif lain
untuk jumpa level lain.
Setelah cubaan pergi je ke level yang disangka, tanya
uncle-uncle kalau tahu hotel tu tingkat berapa, diorang kata pergi ke tingkat
13. Nasib baik ada orang tau. Masa nak naik lif, ternampak satu pintu terbuka.
Ramai orang main mahjung kat situ..wah, open je. Macam dalam TVB la.
Dengan keyakinan uncle yang cakap hotel kami kat tingkat 13,
kami pun tekanlah lif ke sana. Ting! Pintu lif terbuka. Serentak itu kami
keluar dari lif dengan rasa confuse level KluangMan. Eeeee..kita kat mana ni
wei?? Apsal gelap sangat..ni macam bar ke club ni wei??
Motip sangat uncle tu suruh kitorang pergi club ni. Terus pi
kaunter depan yang ada penyambut tetamu perempuan tu. Dia kata level mana ntah.
Okla kita pergi level tu pulak. Apekah 30minit sesat dalam bangunan tak jumpa
hotel. Dan akhirnya, kami berjaya jumpa hotel kami ditingkat 11.
Selepas check-in dan bayar deposit bilik, kami solat dan
makan maggie sekejap. Aktiviti seterusnya adalah pergi beli tiket Disneyland pulak.
Kenapa aku beria nak beli tiket Disneyland kat tempat lain padahal DingDing ada
jual? Sebab dia paling murah la.
Stok makanan. Ini sudah overload terlebih bawak! |
Perjalanan mencari tiket Disneyland. Tiket termurah didapati di travel agent kat sini website travel agent Hotelinhk. Kalau nak tiket Disneyland je, pi link ni tiket Disneyland Hong Kong . Korang pilih la yang mana berkenaan. Ni ada step by step cara daftar untuk beli tiket tu.
UPDATE: Boleh dapatkan banyak tiket murah attraction di Hong Kong di Klook.com . Nanti aku ajar cara nak register Klook ok.
Jangan lupa search website lain dan bandingkan harga. Macam yang ni masa tu aku search paling murah, tapi kena bayar by cash kat office dia.
Jadi, gigih la nak pi cari mana ticketing office dia kat Tsim Sha Tsui Office. Kami pun cari la Asia Travel Care kat alamat RM 912, 9/F, Tower A, New Mandarin Plaza, 14 Science Museum Road, Tsim Sha Tsui East, Kowloon. Anything korang emel je dalam sehari dua pasti dibalas.
Kita turun di stesen East Tsim Sha Tsui. Mak ai, tergeliat lidah mak nak menyebutnya.
UPDATE: Boleh dapatkan banyak tiket murah attraction di Hong Kong di Klook.com . Nanti aku ajar cara nak register Klook ok.
Jangan lupa search website lain dan bandingkan harga. Macam yang ni masa tu aku search paling murah, tapi kena bayar by cash kat office dia.
Jadi, gigih la nak pi cari mana ticketing office dia kat Tsim Sha Tsui Office. Kami pun cari la Asia Travel Care kat alamat RM 912, 9/F, Tower A, New Mandarin Plaza, 14 Science Museum Road, Tsim Sha Tsui East, Kowloon. Anything korang emel je dalam sehari dua pasti dibalas.
Kita turun di stesen East Tsim Sha Tsui. Mak ai, tergeliat lidah mak nak menyebutnya.
Tsim Sha Tsui Station |
Malu bertanya sesat jalan. Kalau dah sesat, tanya dekat abang polis ok. |
Ok dah tau jalan..Kaja! |
New Mandarin Plaza Hong Kong |
Office dia dalam New Mandarin Plaza Shopping Center ni. Dia ada dua tower jadi pastikan masuk pintu betul.
Kalau nampak fountain ni dah dekat la tu dengan shopping mall. |
New Mandarin Plaza Hong Kong |
Hong Kong is colorful |
Kami dah dapat tiket..jom |
Ok, dua misi utama hari ini iaitu untuk beli tiket dah
selesai. Seterusnya adalah untuk tengok night view Hong Kong dari The Peak.
Tiket naik tram ke The Peak juga lebih baik dibeli di travel agency. Dan lebih
terbaik adalah cari yang ada fastlane. Sebab masa untuk tunggu giliran naik
tram tu saja boleh cecah 2jam. Dan aku tiada kesabaran selama itu.
Bacaan last minute di BBM mencadangkan untuk naik bus saja
ke The Peak. Lebih jimat masa dan jimat duit. Maka berjalanlah kami dari exit
subway ke The Peak. Punya jauh berjalan dengan keadaan jalan berbukit di HK ni,
kami jumpa juga pintu untuk naik tram. Cari orang yang beratur tunggu bas.
Dekat 20 minit baru ada bas.
Waiting for tram to The Peak Hong Kong |
Penuh satu bas dan takde seat. Tapi takpe la, sekejap je
sampai The Peak. Dalam bus dengan cermin seluas alam tu, melilau mata kami
tengok orang HK berjalan-jalan diluar. Dan tiba-tiba kelihatan drama ala-ala
TVB bila si jejaka dalam cubaan memujuk aweksnya yang merajuk. GF marah, nak
blah. BF tarik tangan dia. Dan berlaku drama sekejap je sebab bas berlalu laju.
Aaaa…Pandang kanan, Haq dengan budak-budak ni pun nampak drama yang sama.
Bas tiba-tiba berhenti di stesen bas. Kami blur. Eh, bukan
kita nak naik ke The Peak ke? Kami pun tunggu sekejap. Nanti dia gerak kot. Rupanya
inilah last stop untuk bas nie, jadi kami semua kena keluar dari bas. Dan
disinilah kami stranded seketika sebab tak tahu sekarang kat mana dan macam
mana nak ke The Peak.
Rupanya bas 15C tu hanya pergi ke lower peak tram dan kena naik tram ke atas. Korang kena naik bus 15..ingat tau 15
Tempat lain yang ada jual tiket Disneyland Airasia Redtix
Dikaki The Peak tram |
Actually dari perjalanan nak ke The Peak ni pun dah silap naik subway sampai kena berpatah balik. Nak ke tram station pun tak tahu jalan dan ikut signboard je. Bus pun silap naik dan end up kami ada kat mana pun tak tahu. Tapi ini biasa la. Kalau berbackpack blur,lost, plan tak jadik dan penat berjalan tu adatlah. Lagipun kalau ikut trip aku, ini semua dah dijangka.
Ingatan sekali lagi pada sesiapa yang ikut trip aku next time, sesat tu biasa. Kadang-kadang new direction brings us to a new location. And guess what we found instead? This view.
Ingatan sekali lagi pada sesiapa yang ikut trip aku next time, sesat tu biasa. Kadang-kadang new direction brings us to a new location. And guess what we found instead? This view.
Lawa ok. Kalau korang nampak view dari Star Avenue, dari
tempat ini lah.
A night in Hong Kong |
Night view Hong Kong |
Hidup ni macam ferris wheel. Sekejap kat atas, sekejap kat bawah, lepastu kena sabarr tak boleh rush-rush hidup ni. Eh, berpuisi dikala kepenatan. |
Star Ferry Pier Hong Kong |
Tempat bas tu berhentikan adalah disini Star Ferry Pier Hong Kong yang pemes tu. Maka berjalan kaki la mencari MTR terdekat iaitu MTR Tsim Sha Tsui Station. Dari situ pandai-pandailah mencari map dan tengok platform mana kena pegi untuk pulang kepangkal jalan.
Hong Kong view from Star Ferry Pier |
Untuk balik semula guna bas juga ambil bas 15C, last stop dia kat jeti feri tu. Option lain, turun guna tram. Jimat sikit duit.
Disebabkan semua orang dah kepenatan sangat, kita balik awal dan berehat untuk aktiviti esok hari.
D1: HKIA-Sino Center-Mongkok Hotel-Tsim Sha Tsui -kaki The Peak-Star Ferry Pier Hong Kong
No comments:
Post a Comment