Buat pertama kalinya aku bawa parents ke trip luar negara. Ummi pernah ke Indonesia ( Jakarta, Bandung port biasa menyoping) dan Abah I dont think ever travel besides umrah & haji. This had been in my bucket list for awhile, so hoyeah dah boleh cross out for 2025 Bingo list.
Dah prepare duit cash dan juga rupiah dalam Wise. Dah beli 3juta rupiah dalam Wise. Kenapa 3juta je? Sebab ATM kat sana yang ada maximum withdrawal limit mengikut mesin ATM dari 1.5 hingga 3 juta saja. Maknanya paling banyak boleh keluarkan untuk 1 ATM hanya 3 juta, nak lebih mungkin kena cucuk di ATM lain pula. Antara ATM yang takde cas withdrawal adalah ATM bank Mandiri, BCA,BNI,CIMB,HSBC.
Setelah ditambah tolak, selain ada duit Rupiah dalam Wise, duit dalam card bank, aku juga beli rupiah guna CIMB Bank dan dipickup di KLIA. Aku rasa dah 10x kata nak buat article pasal Cimb TravelCurrency ni, tapi tak buat-buat. Korang godek la website da dan follow step by step. Aku pilih untuk pickup di Departure KLIA2, kedudukan counter CIMB ni berdepan Old Town White Coffee.
As usual kena orang yang beli currency yang pickup duit, pastikan bawa IC. Kalau beli beberapa kali, akan dapat beberapa sampul duit. Note duit diberi dalam nilai besar dan ikut bank, tak dapat nak mintak tukar not kecil. Dengan berkepuk duit jutaan rupiah, kita pun pergilah ke bahagian Departure. Aku bawak duit 7,000000 (pakej) + 4,000000 + 3,000000 (duit belanja umi abah aku) + 3,000000 (WISE) = RP 17,000000
AA memang dah particular bab berat. So 7kg handcarry include handbag pun dia timbang. Masuk hall awal sikit sebab bawa parents, tak sesuai aksi berlari-lari nanti. Kali ni aku beli hotseat untuk diorang, so dapatlah masuk awal dan seat paling depan. Aku? Asalkan ada seat ok je. Landing on time di lapangan terbang Sultan Iskandar Muda.
Aku dah isikan form immigration dari Malaysia tapi satu form tu memang kena isi kat airport je lagi senang. Lepas cop passport, ada kawasan kecil dengan QR website, ada pegawai dan ada wifi juga. Tapi kalau ramai, sesak gak kawasan ni. Isi form setiap penumpang di https://evisa.imigrasi.go.id/web/application_bvk dan sshp.kemkes.go.id dan dapat QR, baru boleh keluar. Kat sini aku ada buat 1kesilapan yang terlepas pandang.
Dah keluar, tunggu tour guide sampai. Dok fikir macam mana guide nak agak kami sampai pukul berapa. Rupanya dia guna flight tracker dari nombor flight yang kuberikan. Kali ini aku ambil pakej private trip. Antara benda yang perlu difikirkan dari awal adalah nak private trip or join group trip.
Isu group trip pada aku adalah ramai orang, jadual tak boleh ubah-ubah, kena ikut flow group. Untuk disesuaikan dengan warga emas, aku pilih private trip je. Lagipun bila tambah tolak, actually lagi murah sebab aku dapat tiket flight return murah.
Tempat pertama dituju dengan Innova hitam kami adalah Perkuburan Massal Tsunami. Kawasan ni ada area parking dan tanah-tanah hijau tanpa batu nisan. Kami sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah disini. Tak tahu dah nama, agama apa mangsa-mangsa ini. Mereka dibungkus dalam bodybag dan distack-stack dalam kuburan besar. Petang-petang, singgah kubur kata umi. Betullah tu tak berapa elok, tapi ok je sebab ni otw ke next place.
Seterusnya singgah makan dulu sebab den malas nak check in hotel & keluar balik untuk makan. Pakej ni sudah termasuk makan minum, so kami order je menu apa-apa dan makan. Sini first time cuba Sup Buah. Segar rasa tekak, sop buah ni adalah mix fruit dengan sus cair, susu pekat. Kat Rumah Makan(RM) ni aku dah stress sebab simcard tak boleh connect dengan telco. Simcard ni aku beli kat Shopee. Memang aku sorang je beli sebab fikir boleh hotspot dengan parents aku, lagipun kitorang kan jalan sekali.
Setelah digodek-godek oleh guide, tetap tak berjaya. Dia tanya tadi kat dalam airport ada isi form untuk handphone tak? Aku tak isi sebab aku bukan beli phone luar and bawak masuk dalam. Rupanya bila tak daftar IMEI, SIM luar ( ke phone luar?) tak boleh digunakan. Option lain adalah singgah beli simcard local.
Lepas makan kami dibawa check-in Hotel Medan. Untuk malam pula kami boleh keluar berjalan didepan hotel ada banyak kedai makan yang walking distance. Malam itu aku takde mood nak keluar sebab stress nak hidupkan Simcard. Umi Abah keluar ambil angin sekitar hotel. Ditemani suara kareoke dari tepi sungai dan berita konflik Aceh-Sumut, aku dok godek simcard lagi.
Hari Kedua
Dimulakan dengan ambil keputusan beli je roaming pakej Hotlink. Bila kira-kira ok je berbaloi sebab boleh guna dinegara ASEAN. Habis je trip Aceh ni aku akan ke Bangkok pulak dan pakej on je sebulan sampai Malaysia nanti. Dah tenang. barulah kami turun breakfast dibawah dan tunggu guide sampai.
Tempat pertama di tuju adalah Masjid Raya Baiturrahman. Guide pesan pakai tutup aurat nak masuk masjid nanti. Kat bahagian bawah parking kereta, ada kaunter pegawai masjid. Yang perempuan tak boleh berseluar, nanti dia bagi pinjam kain telekung. Nanti nak balik ko selitlah berapa sumbangan nak bagi.
Bila masuk kawasan luar masjid ni chill je sebab mozek granite kat luar ni sejuk walau cuaca terik. Payung besar seperti di Masjid Nabawi ada tapi tak dibuka. Kami pi berwuduk dan solat sunat didalam masjid sebentar. Kawasan lelaki dan wanita terpisah, jadi berjumpalah dilaman depan masjid atau diparkir bawah, tapi connection internet teruk sini.
Dulu waktu tsunami, Masjid ini antara yang kekal teguh. Waktu itu air naik sangat tinggi dan warga sekitar memanjat hingga ke kubah atas masjid ini untuk menyelamatkan diri.
Kami kemudian dibawa ke Pelabuhan Ulee Lheue dan dibelikan tiket feri cepat express Bahari ke Pelabuhan Balohan (Sabang) dalam 45min ke sejam tengok keadaan air. Dalam feri sambil menunggu feri bergerak, akan ada ramai penjual masuk ke dalam dan jual jajan macam kekacang, gula, sate kerang, buah salak dll. Harga murah je dan sedap buat snacking sebelum feri bergerak.
Ada nombor seat rasanya, kali ini kami dapat seat depan sekali kat pintu masuk. So banyaklah jajan aku beli. Bila feri jalan, sekejap je layan ombak lepastu tertidur sampai ke Peabuhan. Masa nak keluar ni huru hara sikit sebab tukang angkut bag kadang dah masuk dulu untuk tawarkan service porter bag.
Kami bawa 3 beg kecik je jadi takpelah angkut kena gigih sikit la nak keluarkan beg dari feri. Di jeti Pelabuhan Balohan, guide untuk Sabang sudah menunggu. Dari sini kami dibawa singgah di Taman I Love Sabang. Jalan dari jeti kesini berpusing-pusing dan mendaki. Tapi seperti di Banda Aceh, speed mereka tak sampai 60 pun, cuma disini kena ram baru boleh mendaki.
Monument untuk tempat ambil gambar dan boleh panjat tangga sikit ke atas, view point untuk tengok pulau dari atas. Katanya ada suorvenir kat sini, tapi tak nampak pun. Location tidak jauh dari jeti dan airport. Ya kat sini ada domestic airport, Maimun Saleh Airport.
Kemudian kami dibawa ke Ujong Kareung. Disini juga port hotel Red Doorz. Layan batu karang tajam dan pemandangan laut biru. Tebing batu karang dia tinggi betul dalam 8 meter dari air. Lepak sekejap minum air kelapa dibawah sepoi-sepoi angin.
Kami dibawa ke Freddies Sumurtiga untuk melihat view pantai dan resort disini. Sekadar bergambar dan ambil angin je sebab penginapan bukan disini. Sekali lagi, kalau dengan member dah pi turun pantai jejak pasir sat huhu. Memang cantik view Pantai Sumur Tiga sini, dekat dengan pantai dan aktiviti macam snorkelling. Dengan pokok kelapa tinggi, pasir putih dan biru lautnya feeling bercuti betul.
Plan asal adalah tengok dolpin berenang tapi plan berubah sebab timing flight AirAsia yang balik diawalkan menyebabkan tak dapat spend 2 hari di Sabang. Sedih betol. Dari Freedies, perjalanan diteruskan ke Rumah Makan. Kat sini cuba air buah campuran dan makanan yang disajikan banyak dan enak belaka. Kalau buat perangai Muo ni dah lama aku mintak bungkus. Oh ya, sekarang kita berada di Pulau Weh, Sabang sebab Sabang ada beberapa pulau lain yang tak sempat dikunjungi.
Dah kenyang dan mengantuk, kami dibawa ke penginapan 1 malam di hotel, actually rumah sebuah tapi kami duduk satu bilik, sebelah reception area bahagian bawah. Rumah ni tak jauh dari Pantai Paradiso, walking distance je kawasan pantai. Petang itu kami berehat di bilik saja sebelum dijemput guide pada lewat petang.
Petang itu kami melepak di tepi benteng Pantai Paradiso sambil menunggu sunset. Nak tunggu sunset turun, kami dibawa ke Tugu Sabang-Merauke. Tugu ni ada dua, satu di Sabang (titik paling barat) dan satu lagi di Merauke, Papua (titik paling timur). Disini boleh layan angin sejuk dan lihat pemandangan Sabang.
Kembali ke Pantai Paradiso, duduk di warung melihat matahari terbenam sambil minum Kopi Sanger dan makan sate kurita. Ingatkan guide panggil nanti bila nak pergi next destination, rupanya dia tunggu kami panggil. Lol. Aku layan je maghrib-magrib tepi air, lupa orang tua tak minat sangat.
Pastu panggil la guide, cakap ok done. Dia bawa kami ke kedai makan malam, dengan lampu macam kedai tomyam kita. Timing lari sikit tadi, makanya restoran ditutup lampu sebab pekerja semua pi solat Maghrib. Duduklah dalam kelam sambil tunggu restoran bukak lampu.
As usual, order je makanan nanti guide bayar. Alah, kami makan tak banyak mana pun. Tak silap aku order sate matang, mee aceh etc. As usual guna skill cepat pickup aka main agak-agak bila baca menu. Dapat faham roti cane, dan beberapa menu lain.
Selepas makan kami berjalan ke kedai menjual cenderamata Aceh. Pergi satu kedai je dan borong macam-macam dari fridge magnet, daster, tshirt dll. Balik homestay dan tidur. Esok akan pulang ke Banda Aceh. Sedih betul tak dapat main pantai, ni semua AirAsia punya pasal!
Hari Ketiga
Bersiap untuk check out. Makan sarapan disediakan pihak homestay dimeja makan sambil tunggu guide datang. Guide hantar hingga ke jeti semula dan belikan tiket feri. Perjalanan pulang seperti biasa, tapi mungkin ombak kuat, sampainya agak lambat. Tambahan pulak trip balik sekali dengan geng diver gamaknya, bag aku ditimpa dengan segala equipment. Dah jadi antara orang paling lambat keluar feri sebab mintak tolong orang alihkan barang nak cari bag aku.
Berjumpa balik dengan guide Banda Aceh dan kami dibawa terus ke Muzium Tsunami Aceh. Ada guide muzium yang terangkan dari pintu masuk, dibawa melalui laluan air simulasi bunyi dan ketinggian banjir, pameran gambar, kesan banjir dll. Muzium ni lawa dan menarik reka bentuknya oleh bekas Gabenor dan arkitek Ridwan Kamil. Siap ada tempat untuk berlindung jika tsunami diatas muzium ni. Paling sedih tayangan dokumentari tsunami. Kat sini dengar dan tengok sendiri kesan tsunami.
Kemudian kami dibawa ke Muzium PLTD Apung. PLTD Apung adalah kapal generator elektrik yang dibawa tsunami sejauh 3km dari Pelabuhan Ulee Lheue, menyeret kapal beribu ton ni hingga ke kawasan penempatan penduduk.
Didalam kapal ni kita boleh tengok bahan pameran mengenai kapal, jauhnya dan kuatnya ombak tsunami ketika itu. Dan didalam kapal ini juga mempunyai anak kapal yang akhirnya hilang dan maut. Setinggi mana ombak waktu itu? Setinggi monumen batu yang berada didepan kapal. Dalam muzium ini kami dibantu oleh seorang guide yang kita boleh ambil servicenya masa dipintu masuk.
Beliau ceritakan, ketika kejadian tsunami itu bermula, laut menjadi senyap dan tiba-tiba air laut surut hingga kering dan ikan-ikan kelihatan timbul. Orang awam yang tidak mengerti waktu itu tidak berbuat apa-apa, malah ada yang langsung mengutip ikan. Kemudian air laut tiba-tiba datang semula dengan sangat laju dan kuat membadai apa saja. Dua-tiga kali tarikan air laut menyebabkan ombak tsunami makin kuat dah jauh menerjah.
Itulah kali pertama tsunami berlaku di zaman Indonesia moden. Mereka tidak pernah tahu tentang tanda awal bencana ini yang mengakibatkan kematian lebih 160,000 orang. Namun ada satu tempat yang jaraknya 60km je dari center gempa yang jadi punca tsunami iaitu Pulau Simeulue dengan kematian 7 orang sahaja dari penduduk sekitar 70,000 orang.
Sangat sedikit jumlah mangsa berbanding Banda Aceh yang jauhnya 250km tapi bilangan mangsa sangat ramai. Rupanya masyarakat daerah sini dibesarkan denga syair rakyat lama tentang Smong atau tsunami air. Orang mereka buat syair sebagai peringatan dari sejarah tsunami yang melanda mereka pada 1907. Mereka diingatkan untuk segera naik ke atas bukit jika melihat air yang surut tiba-tiba. Itulah yang mereka lakukan ketika tsunami 2004 melanda dan dapat menyelamatkan nyawa mereka. Begitulah pentingnya mengenali dan mempelajari bahasa dan budaya lama bangsa kita.
Oh ya, jika ke muzium ini pastikan jangan datang waktu zohor dan asar kerana muzium akan ditutup sebentar. Dalam kawasan muzium disebelah belakang ada kantin kecil jika nak beli minuman dan makanan. Didepan muzium terbina sebuah masjid hasil sumbangan orang ramai yang datang ke muzium ini.
Perjalanan diteruskan untuk melihat satu lagi saksi bisu bencana tsunami iaitu kubah masjid seberat 80 ton yang hanyut dibawa tsunami hingga ke Desa Gurah. Laluan kesini memang melaui kawasan orang kampung dan tengah sawah padi. Ditengah itu terdamparnya kubah dari masjid yang terletak jauh dari sini.
Kat sini memang terik amat sebab takde satu pokok besar nak berteduh. Didepan laluan masuk ada beberapa pondok yang kelihatan ada emak-emak jualan. Aku dan Abah saja yang pergi ke masuk ke Muzium Apung tadi dan melihat kubah hitam itu. Umi pula kepenatan dan kepanasan, jadi dia melihat jualan yang ada.
Masa nak masuk ke kereta semula, berlaku huru-hara. Umi cakap berbasa basi nanti nak beli barang jualan diluar tapi nanti tunggu aku kembali. Eh tiba-tiba emak-emak yang lain tak puas hati mintak umi beli jugak dengan dia, kenapa beli dengan seorang penjual je. Agresif ya sambil berhimpit-himpit, push barang kat muka kita. Barang souvernior macam batu gesek, fridge, instant coffee, kain pelikat.
Dah bayar yang umi janji dan masuk balik dalam kereta pun kena kepung. Abah masuk lambat dan dia pun kena himpit la. Guide bercakap dengan bahasa mereka pada orang yang dok kerumun kereta penuh dicermin kereta kiri kanan. Akhirnya umi ambil juga fridge apantah dan bagi duitnya. Actually tak mahal sangat barangnya tapi cara agresif, paksa beli dan kerumun macam tu memang tak berkenan la aku. Ni benda paling geram sepanjang trip.
Seterusnya dalam perjalanan mencari souveior makanan, kami sekadar berhenti ditepi jalan melihat Rumah Tradisional Aceh yang dijadikan Muzium Cut Nyak Dien, seorang wanita pejuang Perang Aceh melawan Belanda dengan suaminya Teuku Umar. Rumah asal telah dibakar Belanda tetapi replika rumah telah didirikan semula ditapak asal ini. Mengikut guide Sabang, Cut ni nama gelaran bangsawan untuk wanita dan Teuku untuk lelaki.
Kami seterusnya dibawa ke Pantai Lampuuk untuk menikmati hidangan makan tengahari. Kami dijamu ikan bakar cicah kicap, udang goreng, telur dadar, kangkung goreng, air kelapa seperti makan di Malaysia. Layan betul makan sambil dengar bunyi laut dan lihat pemandangan laut biru dan pasir putih. Boleh juga duduk bersila, makan atas pondok, beratap daun nipah yang banyak disini. Tapi panas terik memang idok la nak main air atau main pasir. Sedap betul makan tadi, next ke Masjid Rahmatullah, Lampuuk untuk solat zohor.
Masa tsunami dulu kawasan Lampuuk ni semua habis rata di kampung ini kecuali masjid yang masih teguh berdiri. Masa tsunami, bahagian atas masjid inilah menjadi tempat berteduh masyarakat. Ajaibnya masjid ini tak samapai 500 meter dari air tapi menjadi the only thing yang stand after tsunami. Tak percaya tengoklah gambar ini.
Ada beberapa lagi gambar yang menyayat hati aku snap dalam bilik pameran masjid ni. Ini gambar masyarakat disini menunaikan solat raya pertama selepas tsunami. Kukuhnya Islam dihati mereka.
Dan ini gambar mangsa tsunami yang terpaksa di stack-stack sebelum dibawa ke pusat pengumpulan, sebelum diletak dalam bodybag dan dikebumi dalam kuburan masal. Sudah tidak dapat nak kenal pasti nama dan agama mangsa. Diceritakan ada yang berbulan tak jumpa ahli keluarga, dijumpai berbulan kemudian masih hidup.
Guide kami cerita, punya banyak mayat bergelimpangan, dia kena terjengkit-jengkit nak lalu jalan untuk balik ke rumah dia. Mereka kena balikkan mayat satu-satu nak cari ahli keluarga yang hilang. Keadaan mangsa ada yang hilang semua pakaian, aurat terbuka. Ada yang elok dan tak busuk mayatnya walaupun lama baru dijumpai dalam lumpur.
Allahu, insaf betul dengar.
Guide cerita pengalaman dia waktu tsunami berada di Banda Aceh, berdekatan dengan Hotel Medan iaitu hotel yang kami duduki itu. Dia sedang berada dijalanan bila air mula naik. Mereka memanjat pokok ditengah jalan. Kemudian minta tolong untuk naik kereta untuk pergi ke kawasan lebih tinggi dengan menumpang dibonet kereta orang sambil peluk galon air.
Sepanjang perjalanan, kami melihat rumah-rumah yang dibina oleh sukarelawan tsunami. Dibahagian depan rumah kita boleh melihat lambang atau bendara negara yang membangunkan rumah baru untuk warga. Terlihat banyak lambang negara Turki, Malaysia dll.
Seterusnya kami ke Kapal di Atas Rumah. Perjalanan kesana melalui perkampungan dengan jeti dipenuhi bot-bot nelayan. Kapal nelayan yang terdampar diatas bangunan dua tingkat di Desa Lampulo yang asalnya berada dikuala sungai lalu dibawa tsunami besar hingga terhempas atas rumah penduduk.
Sudah kepenatan full day, kami kemudian dibawa kembali check in ke Hotel Medan. Petang itu kami mintak keluar semula untuk pergi shopping di Pasar Aceh. Tak boleh lewat sangat sebab nanti tutup. Bila masuk, alamak ni macam Kenanga Mall je. Banyak jual baju moden, pengunjung takde dan escalator rosak.
Punyalah takde orang, bila kami lalu didepan kedai dan terdengar mereka berbisik-bisik, Malaysia..Malaysia dan panggil tengok barang. Aku terus jadi tak selesa sebab rasa jadi target seluruh mall. Dari masuk terus aku keluar balik. Kami beli kopiah dan baju dikedai diluar mall. Beli beg plastik berzip besar sebab dah tahu baggage memang tak cukup.
Malam itu selepas maghrib kami dibawa pergi makan. Sekali lagi aku melantak sate dan mee sup apanatah. Disini kalau beli kopi memang diberi air suam sekali. Malam itu kami berehat dan aku menyusun barang yang confirm over berat adoi.
Hari Keempat
Selepas breakfast, kami dibawa oleh guide ke airport semula. Ini semua gara-gara reschedule AA, sepatutnya flight lewat petang telah diubah keawal pagi. Tamatlah sudah kisah first time travel bawa parents ke Indonesia. Juga sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang sudah 30an tahun.
Semoga ada rezeki ketempat lain pulak.
Random observation & tips
- Nama-nama kedai di Aceh ni chill & seolah doa je seperti rezeki anak soleh, Laundry mulia, Bahari sejahtera, Berkah maju. Yang ni rare ejaan so aku letak iaitu Diana Teylor
- Air dia manis, kena mintak air sangat kurang manis
- Portion makan dia kecik. Yang makan banyak, ready beli 2-3 portion baru kenyang
- Sate. I love sate. Sate sini halus jadi kena order banyak cucuk baru puas
- keluar Arrival, kiri (ATM) boleh cucuk cash sini
- Qris boleh pakai BigPay, TNG
- Aceh banyak kopi, next nak try kopi Gayo Aceh
- Bawak beg plastik berzip macam IKEA untuk ready extra luggage
Aku akhiri post ini dengan kata-kata random aku perasan didinding grafiti di Aceh,
"Jika dihina, usahlah diambil hati, Usahakan diambil batu."
No comments:
Post a Comment