Pages

Review G9 Hotel Bangkok Thailand

Hotel kedua di Bangkok selepas The Patra ialah Hotel G9 Bangkok. Lepas berjalan sekitar Pasar Chatucak dan kepenatan kami cari hotel berdekatan. Random je pilih hotel ni tapi one of the best thing happen here, itu kita cerita nanti.


Apa Yang Best?

1- Lokasi


Hotel ni ada beberapa jenis bilik iaitu untuk 8 orang, 6 orang, 4 orang dan 2 orang. Yang bilik ramai orang tu kira dorm pakai bunkbed. Kami ambil bilik staar2 room, walk-in je jadi harga standard lah.

Dekat dengan pasar Chatuchak dan stesen Chatuchak Park MRT. Keluar dari stesen ni kanan adalah Chatuchak, turun belah kiri boleh jalan sampai jumpa hotel G9 Bangkok dalam 7 minit 600 meter. Alah, kata backpacker apadehal jalan kaki sikit.

Dari Chatuchak dan JJ Mall tu pun boleh jalan kaki je hotel ni dengan gunakan jejantas menyeberang ke sini. Biasa taxi atau Grab tak nak ambil sebab nanti dia kena U turn jauh.

Sebab dah dekat dengan MRT, dari sini naik je MRT ke banyak tempat lain, jadi macam center tapi tak sesibuk Mo Chit.

Beberapa kedai sebelah ni ada 7Eleven, oh heaven! Depan hotel ni pun ada hotel lain, kot nak cuba tukar angin. Tak berapa jauh dari sini dalam 2 minit berjalan adalah stesen TV Thailand, ha kat sini nanti cerita kat post lain.

2- Fasiliti


Ada bilik simpan beg kalau korang datang awal sangat sebelum check in time. Lif ada. Kawasan ni no smoking, tapi ada rooftop boleh smoke sana. Rooftop ni boleh tengok MRT lalu sentiasa, boleh tengok view city jugak.


Bilik air dia besar, bilik dia luas dan ada air percuma. Minum je air, jangan rembat botol tu dia nak reuse. Kat bawah ada instant coffee, tea, sugar boleh buat sendiri sambil minum di depan tu.



3- Receptionist Resourceful


Tanya yang boleh speaking tu tempat menarik apa dan waktu yang sesuai pergi sebab ada attraction yang ada time dan jarak agak jauh dari sini.


4- Tak bising


Selesa nak tidur, tak bising sebab bukan ditepi jalan besar.


Apa Yang Tak Best?

1- Takde apa sangat. Malam tu ada blackout seluruh kawasan tu dalam 10 minit tapi other than that everything ok.


Next time kalau ke sini lagi nak stay area sini lagilah, rasa tak puas pulak haritu.

Tempahan


Untuk tempah hotel ini bolehlah masuk ke Milkadeal atau Shopback sebelum terus ke web booking.com atau Agoda


No comments:

Post a Comment