Pages

Review OYO 530 DD Hotel Shah Alam Selangor

Setelah sekian lamanya, aku berpeluang stay di hotel kerana ada urusan di Shah Alam. Menggunakan apps OYO untuk dapatkan harga terbaik, aku pilih OYO 530 DD Hotel. Mari tengok gambar dan fasiliti yang ada disini.

Apa Yang Best?

1. Harga terbaik

 Boleh bandingkan harga di hotel dan di OYO, booking dan Agoda.


 2. Tempat Strategik
Dekat dengan UiTM. Ditingkat bawah hotel ada 24h 7Eleven mudah nak beli kelengkapan. Kedai makan dikeliling banyak. Nak parking kereta kat bawah pun boleh.

Ada 7E
3. Towel dan sabun mandi disediakan



Dekat je toilet dengan katil.
4. Secure jugak.
Lepas pukul 10 malam kot dia kunci pintu bawah, jadi kena bunyikan loceng atau pakai kad untuk naik tingkat atas

5. Reception 24 hours ada

6. Ada pakej include breakfast. Tapi aku tak sempat makan sebab check out awal pagi.

 Apa Yang Kurang Best?

1. Bilik ngam-ngam. Kau bukak pintu terus katil. Ruang untuk solat takde. Aku solat atas katil walaupun terhuyung-hayang. Kalau banding dengan hotel kat Hong Kong dulu, kira ada space lagi lah untuk bilik single ni.




2. Kena naik tangga.
Jika bawa orang tua kena consider boleh panjat tangga atau tak.

Hotel di tingkat 1

3. Sedikit bising
Aku tak tahulah dinding nipis ke apa tapi boleh dengarlah bising malam-malam. Dapat pulak bilik sebaris receptionist, setiap kali orang bunyikan loceng untuk bukak pintu bawah mesti bising.

Sedikit pengalaman aku stay di hotel ini. Bolehlah untuk rehat semalaman.

Tempah Di Mana?

Tempah OYO 530 DD Hotel di Agoda
Tempah OYO 530 DD Hotel di Booking.com

Cara gunakan OYO apps untuk dapatkan harga lebih jimat disini Cara Guna OYO Apps

1 comment:

  1. THANK YOU FOR STAYING @ DDHOTEL.
    APOLOGIZE FOR OUR DEFICIENCY.
    WE HOPE YOU WILL COME AGAIN & WE ARE ALWAYS WAIT FOR YOUR NEXT ARRIVAL .

    PLS CONTACT US 03-5523 8862
    MANAGER 2021

    ReplyDelete