Pages

PERSEDIAAN INDOCHINA OVERLAND TRIP 2016

PERSEDIAAN SEBELUM INDOCHINA OVERLAND TRIP

1)      Itineari
Royal Project Thailand
Trip kali ini luar biasa buat itineari. Itineari yang dirangka sebelum ini dibuat atas faktor “bestnya tempat ni, nak pergi la”. Dari situ baru susun lepas tengok peta kemana dahulu, dan route apa nak guna. Disebabkan itineari dah lama buat lepas tu tinggal; buat tak tahu maka seminggu sebelum bertolak itineari akan berubah setiap tiga hari. Tapi takdehal sebab itineari adalah fleksibel.
#redahsampaijumpa

|Itineari Fleksible|

2)      Tempat Tinggal

Menuju Blue Lagoon Vang Vieng, Laos
Disebabkan betapa fleksiblenya itineari kali ini berbanding trip-trip sebelumnya, tempat tinggal yang dah ditempah dari awal cuma untuk satu tempat sahaja. Selain itu, kami hanya search dan senaraikan beberapa guesthouse yang sesuai berdasarkan beberapa faktor iaitu
1) harga
2) jarak dari stesen bus
3) cadangan blogger atau backpacker lain.

Bila tiba ditempat itu, baru kami akan cari tempat tinggal. Biasanya kami pusing-pusing tanya harga dan jika ada kekosongan.

|Tempat Tinggal Redah|

3)      Kajian

Bermotosikal di Chiangmai, Thailand
Kajian mengenai tempat menarik, cara ke sana, harga tiket masuk, waktu buka dan tutup, tempat makanan halal dan masjid serta tips dari orang lain dibaca dan dikumpul. Kalau boleh baca juga sejarah tempat yang nak dilawati macam Angkor Wat, baru dapat lebih menghayati dan menghargai.
Yang rajin baca buku boleh la bawa dan baca buku Lonely Planet tu.

Apps yang dapat bantu kajian juga boleh didownload seperti Google Translate, TripAdvisor, Agoda, Booking.com, arah kiblat, waktu solat, AirAsia dll.

|Membaca Jambatan Ilmu|

4)      Bajet

Lepak petang minum air kelapa di tepi sungai.
Luang Prabang, Laos
Bajet yang kami tetapkan adalah RM500 untuk satu negara. Tapi disebabkan nilai Ringgit yang susut, bajet lebih sedikit dari RM 1500 untuk tiga negara. Aktiviti mulia iaitu menabung dibuat dari awal. Tabung tiket, tabung perbelanjaan dan tabung barang keperluan.

|RM 500/ negara|

5)      Tiket

Night market, Luang Prabang Laos
Tiket ke Thailand dibeli awal semasa sale. Masa membeli dulu masih tak pasti jadi atau tidak trip ni, jadi kita gamble je dulu. Tiket balik tak beli lagi sebab tak tahu balik dari negara mana. Akhirnya dekat tarikh nak bertolak, AirAsia buat sale dan kami pun beli tiket return dari Siem Reap. 

Maklumkan pada Airasia hanya nak guna tiket untuk balik ke KL sahaja. Beli tiket return sebab lagi murah dari oneway.

|Tiket Tunggu Sale|

6)      Matawang

Senja menuju masjid. Lopburi, Thailand
Ketiga-tiga negara yang dilawati kali ini menggunakan matawang mereka sendiri. Tetapi cuma matawang Thai Bhat dan USD sahaja yang dapat dibeli di Malaysia. Thailand menggunakan Baht, Laos menggunakan Kip dan Cambodia menggunakan Riel dan US dollar. Duit simpanan RM ditukar kepada Baht boleh digunakan di Thailand dan setelah masuk ke negara Laos, duit Baht ditukar kepada matawang Kip. Duit Baht juga boleh ditukar kepada matawang Riel dan US dollar di Cambodia.

Kerajinan menukar duit secara berkala dibuat sepanjang tahun memandangkan nilai matawang Malaysia yang semakin turun. Kami bawa matawang Ringgit, Baht dan dollar.

|Matawang Tukar Sedikit-Sedikit|

7)      Duit kecemasan

Grilled fish di Vang Vieng, Laos
Selain duit yang dibawa dilebihkan sedikit dari bajet, duit dalam kad ATM juga boleh digunakan. Aktifkan pengunaan kad ATM untuk pengeluaran luar negara. Tak perlu susah-susah ke bank, gunakan internet banking pun boleh. Bank pilihan adalah CIMB, Maybank. Kalau ada kad kredit pun boleh juga.  Caj transaksi lebih tinggi jika dikeluarkan di ATM bank lain.

|CIMB Click kan ada|

8)      Barang kelengkapan

Skuter pink di tepi sawah. Chiangmai, Thailand
Jika anda agak perbelanjaan keseluruhan adalah yang paling makan perbelanjaan, rasanya barang kelengkapan nak kesana yang lebih makan belanja. Kenapa? Sebab kita beli sikit-sikit, tak perasan berapa dah belanja.

Jika anda dah selalu travel, buka saja kotak Doraemon kembara yang dah tersusun keperluan backpacking tu. Cuma ada barang yang perlu ditambah macam stok makanan, memory card, diganti baru sebab dah lunyai macam sportshoe,  dibeli baru macam kamera, thermal cloth sebab tak tahan sejuk  dll.

|Memory Card Bawa Extra Banyak|

9)      Persediaan diri

Kedai roti dan cafe di Vang Vieng, Laos. Nama kedai saja Luangprabang Bakery

Sediakan mental untuk lebih kuat, tenang dan tawakal.  Kalau rajin boleh la kuatkan stamina macam pergi bergym atau berhiking. Ada juga ambil suntikan sebelum mengembara. Juga ada ambil insuran travel.

Boleh juga belajar beberapa patah perkataan dalam bahasa asing. Guna Google Translate dan bila smapai negara tu boleh minta orang lokal ajar sebutan betul. Yang asas sahaja macam Hi, terima kasih, berapa harga dll.

Kumpul cuti jika nak travel lama-lama. Kalau kena unpaid leave tapi hati happy, takpe kan?

|Sabaidee!!|

10)   Tanggungjawab semasa

Kuang Si Waterfall Luang Prabang, Laos
Sebagai seorang dewasa yang bertanggungjawab, kerja dan tanggungjawab telah diselesaikan dahulu dan sudah delegate kepada orang lain. Jangan lupa maklumkan kepada boss, klien dan kawan pejabat; bukan nak berlagak tapi nak maklumkan. Takut ada yang kecil hati tak angkat call.

|Doakan Saya Selamat!|

Setakat ini saja yang ingat persediaan ala kadar sebelum mulakan trip IndoChina. Ini kira teaser la ye untuk berbelas blogpost untuk trip IndoChina ni. Harap sabar menanti aku rajin menaip dan upload gambar.

* Post ini diletakkan gambar sesuka hati. Harap bersabar.
*Hong Kong – Macau trip punya post pun tak buat lagi. Harap lebih bersabar.


No comments:

Post a Comment