Retreat Hujung Minggu Bukit Tinggi, Pahang

Kali ini team #kakspeky berjumpa untuk cuti-cuti hujung minggu setelah hampir sebulan set date. Hanya kami bertiga saja yang dapat datang walaupun plan asal adalah 6-7 orang. Tapi takpe, plan tetap kena jalan. Susah woo mau jumpa ini orang-orang busy semuanya.

Welcome to my kingdom!Muahaha
Terima kasih kepada Cik  Haq buatkan itineari, kembara retreat kali nie bermula dari 10 April 2015 malam. Dalam list perkara pertama adalah main ice skating di Icescape IOI Mall Putrajaya. Kami sampai dekat 9pm, jadi dapat la main ice skating dalam sejam sebab ice rink tutup pukul 10 malam. Open dari 10am-10pm.

Bayaran masuk adalah RM 25 untuk dewasa. Kalau nak sewa peralatan lain macam glove, stokin kena bayar. Kalau nak masuk tapi taknak main ice skating pun boleh, tapi fee harga lain la. Bagi yang memerlukan bantuan instructor pun ada dikenakan charge. Oh ya, baby penguin kecik tu pun kena bayar dalam RM 30 tak silap. Baby penguin nie nak membantu orang yang tak pandai skating(tengok diri sendiri) sebab kita tolak je dia, tau-tau je kita dah berpusing-pusing atas ais tu.

Tips
1. Bawa stokin,glove dari rumah. Takpun pegi beli kat kedai Daiso RM 5 atau lagi best Kedai RM 2.
2. Kalau taknak main ice skating, boleh tengok dari luar je. Lepak kat Coffee Planet pun boleh nampak.
3. Kalau dah jatuh tergolek, melutut dulu pastu keluarkan satu kaki lepastu boleh berdiri.
4. Harga tiket hari kerja atau weekday, lagi murah dari weekend.
5. Kalau taknak pakai baby penguin tu, jadik kan kawan-kawan korang baby penguin and mintak diorang bawak korang pusing-pusing.
6. Kalau ada member taknak main skating, minta diorang tolong pegangkan bag. Bag dan handphone tak boleh bawak masuk ice rink, kena simpan kat loker. Loker kena bayar jugak ye.

Lepas ukur kasut di kaki sendiri dan dapat kasut skate tu, kami habiskan dekat 5 minit untuk pakai kasut tu je. Ah..noob..haha. Masuklah kami atas ice rink tu dan first thing first, haruslah aku jatuh tergolek. Oh, hodoh sangat rupanya. Setelah bersusah payah untuk bangun semula ( refer tips 3 kalau tak boleh bangun), aku decide untuk berpaut sepenuh jiwa pada bahagian tepi dan bergerak sikit-sikit kedepan. Ok, ini pun nampak hodoh jugak, jadi kalau ada orang macam nie masa korang skating, harap ignore kami..haha

Haq dan Adah secara magiknya telah pandai skating dan boleh meluncur dan membrek atas ais. Awesome, tahniah ye korang. Boleh terus pi skating Korea nanti. I is jeles, tapi I is penakut jugak...(sila abaikan grammar nie, aku pun tak faham macam mana boleh jadik trend pulak tulis camni, teringin gak nak tulis)

Akhirnya aku decide misi aku malam ni adalah untuk habiskan satu pusingan dalam ice rink nie. After almost an hour, aku berjaya tawaf ice rink dengan berpaut pada dinding tepi warna kuning tu. Dan akhirnya aku give up dan duduk kat luar je.

Cubaan melihat night view dari Bukit Ampang..Gagal disitu
Selesai di Putrajaya, kami menuju ke Bukit Ampang untuk tengok view KL waktu malam. Macam mana nak ke sana? Waze kan ada..Setelah melalui jalan corner-corner dan mendaki akhirnya sampai. Viewpoint atau menara tinjau ditutup, jadi untuk tengok view, orang letak je kereta kat sidetable jalan. Tak berapa nak cantik la viewnya sebab 1) tak tinggi sangat 2) penuh tepi jalan dengan papan,kayu apa ntah, kotor je.

Tak lama lepas tu, kami pun balik la bermalam kat rumah Haq. Esok pagi, kita akan ke Bukit Tinggi. Mari kita tengok apa  tempat menarik  di Bukit Tinggi yo!

11 April 2015

Dalam pukul 8 pagi kami bertolak ke Bukit Tinggi. Dengan berbekalkan direction yang diberikan, kami pun sampai ke tempat penginapan malam nanti iaitu Nora's Lodge aka Dusun Nora. Nora's Lodge nie dekat je dengan Colmar Bukit Tinggi. Kira area Berjaya Hills Resort, tapi yang pastinya bukan di resort tu atau hotel kat situ. Nora's Lodge adalah option yang baik disebabkan kita perlu bajetkan perbelanjaan untuk aktiviti lebih penting dan utama, contohnya macam makan. Dengan harga RM 130 untuk sebuah chalet, ini antara harga paling sesuai untuk kami. Review Nora's Lodge boleh baca disini.

Dalam perjalanan ke Bukit Tinggi

Dari Nora's Lodge, kami terus ke Colmar Tropicale setelah bayar entrance fee RM 13 seorang parking free. Kami pun pusing dalam Colmar dan ambil gambar mana yang dirasakan best. Naik juga ke menara tinggi. Kalau korang naik dengan lif, cuba turun dengan tangga pulak. Dapat jugak tengok view bila turun tangga.

RM 13 termasuk GST ye.
Ke Colmar pulak kita.
Tips
1. pergi Colmar waktu pagi. Orang tak ramai boleh ambil gambar cantik, tak panas atau silau sangat
2. bawa bekal makanan sendiri, piknik kat Japanese Garden sangat feels ok
3. toilet di Colmar bidet less aka takde paip air. Toilet kat Japanese Garden ada paip.
4. bawak bekal makanan sendiri macam sandwich ke. Kat sini makanan mahal sangat.
5. ada aiskrim solero saje. Mat Kool lain tak jumpa.

Naik menara guna lif je.

Golf course kelihatan dari atas menara.
Dari atas, kita dapat tengok view dan jugak nampak golf course dari sini. Dulu seingat aku bila ke sini, sejuk je rasa. Sekarang sudah tidak sesejuk dulu. Global waming maybe? Lepas tu kami turun dah carik port-port ambil gambar yang lain dan mengeluarkan inner photographer kami..haha..

Ini la rupa shuttle bus tu.

Tempat tunggu shuttle bas. Ada kipas dan jadual bas.
Setelah bosan ambil gambar dan mengomel sebab harga makan mahal nak mampuih ( jagung RM7, spageti RM 36), kami keluar balik dan tunggu shuttle bas ke Japanese Garden. Perjalanan slow mendaki bukit menyebabkan kami hampir terlelap dalam bas. Jadual shuttle bas macam kat bawah nie. Boleh susun itineari supaya takde la buang masa tunggu bas. Boleh jugak bawak kereta sendiri je ikut signboard.
Peta Colmar. Boleh drive sendiri kesana kalau tak mau tunggu shuttle.

Japanese Garden boleh dijumpai lepas korang memanjat sedikit tangga dan menapak. Sejuk je rasa jadik takde la mengah mana pun nak ke sini. Disini lebih sejuk dan damai dari Colmar. Aku lebih suka sini. Kat sini ada toilet dengan paip air, sourvenior shop juga satu stall makanan. Harga makanan sangat mahal seperti berikut drinking water (RM3), takoyaki 4 biji (RM 4), sandwich (RM 8), aiskrim RM 2. Sila bawak bekal sendiri. Jangan nak berangan carik pisang goreng tepi jalan sebab takde orang pun duduk tepi jalan, apatah lagi orang jual pisang goreng.

Kat sini antara aktiviti boleh buat adalah tea ceremony ritual, pakai kimono, Japanese spa dan juga boleh sewa suite kat sini. Dan sekali lagi semuanya berbayar dan mahal. Sampai mengucap satu akak nie lepas tengok harga spa dekat RM 400++. Kitorang tengok harga macam tu, statement macam biasa keluar iaitu "Ish, boleh beli tiket return Thailand nie".

Harga Japanese Spa ni buat akak mengucap.
Aktiviti di Japanese Garden
Sebagai warga prihatin, kami ada banyak cadangan untuk improvekan pelancongan di Bukit Tinggi ni. Diharap pihak berkaitan boleh la contact kami kalau nak dengar pandangan rakyat macam kami nie...hehehe

Naik semula shuttle bas untuk ke Colmar kembali. Sementara nak tunggu stage performance pukul 3, kami makan roti dengan scramble egg (terima kasih kawan-kawan masakkan) kat parking kereta, kami ke surau untuk solat. Terima kasih kepada pakcik yang tunjukkan surau kat mana. Surau Colmar sangat selesa. Direction nak ke surau ada dua cara mudah 1) dari tempat jual jagung tu, straight ke dalam bangunan ada lif, turun ke L2 kat parking 2) dari jambatan susur ke kanan, turun bawah, pergi ke L2 parking.

Jambatan ke Colmar. Guna laluan ke bawah tu untuk ke surau.
Kalau dari luar dan melalui parking lot, akan jumpa signage nie.
Surau yang selesa.Alhamdulliah
Selesai solat, kami naik semula ke Colmar dan tengok Stage Performance. Masa tu berharap sangat persembahan tu tak la se "awkward" macam magic show kat Phuket dulu. Sangat la awkward dan kami trauma kalau ada magician atau clown. Nasib baik performance nie best. Ala-ala talent show dari China. Best-best.

Seterusnya kami keluar tunggu shuttle bas nak ke Animal Farm. Masa tunggu bas tu pakcik bas cakap kalau nak ke Animal Farm tu better bawak kereta sendiri je sebab Farm kat luar Colmar. Kalau naik best kena tunggu nak balik pulak. Kami pun bergerak la naik kereta sendiri ke Animal Farm, dekat dengan golf course. Fee RM 4. Bila sampai sana tengok ala kecik je farm dia. Style macam petting zoo yang ada arnab, donkey, guinea pig. Budak-budak suka la kot. Takpe la, takyah masuk la kita.

Aktiviti Adventure Park
Aktiviti Horse Trail
Maka berakhirlah pengembaraan Colmar petang itu. Kami balik berehat kat chalet dan esoknya kita akan mandi sungai.

Lagu tema retreat kali ini, sumbangan Cik Adah.

12 April 2015

Selepas sarapan dan check out dari Nora Lodge, kami ke Janda Baik untuk mandi sungai. Selepas acah-acah main air, dan berlaku sedikit kejadian di sungai itu, kami melepak kat batu sambil main susun batu macam drama Korea selalu buat tu. Lepas tu try permainan baling-batu-atas air-jangan sampai tenggelam, which we all failed to.

Pemandangan pagi sambil breakfast
Ingatkan nak beraktiviti ATV dan tubing. Tapi tukang jaga tak sampai-sampai. Berjalan kami ke sungai sebelah satu lagi lepas ramai pulak orang datang tempat kami melepak. Cantik oo...depan rumah je sungai. Untungla orang duduk sini. Tenang je jiwa raga.

Ok, baru dapat nama sungai apa..Sungai Benus. Nak tengok trip Janda Baik Haq boleh tengok sini.

Mandi sungai
Oh damai sungguh lepak tempat macam nie.

Lepas membasahkan tekak dengan aiskrim roti, kami pun pulang ke KL.Tamat sudah retreat hujung minggu kami di Pahang. Total cost seperti biasa ke blog Adah

Siapa kata Malaysia takde tempat menarik? Ada banyak je. Cuma kita tidak fully utilized semua yang kita ada untuk tarik lebih ramai pelancong. But, in a way bagus jugak sebab ada la hidden gems yang only local know dan boleh enjoy.

18 comments:

  1. Assalamualaikum, nak tanya. RM 13 tuu kiranya boleh masuk semua tempat dalam bukit tinggi tu ke cemane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mualaikumsalam. RM 13 boleh masuk semua kecuali Animal Farm ada bayaran lain. Aktiviti dalam tu semua kena bayar macam Tea Ceremony dan flying fox.

      Delete
  2. NK TYE, SHUTTLE BUS TU FREE KE BAYAR?

    ReplyDelete
    Replies
    1. shuttle bas free je..nak naik berkali-kali pun takde problem

      Delete
  3. Berapa harga flying fox tuuui..mcm best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sure berapa bayarannya sebab haritu tak sempat try

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. saja nak tanya...colmar tropicale hotel ni ada lif x? saya tanya sebab saya nak bawa mak saya yang guna wheel chair.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lambat. tak sure sebab tak menginap disana.

      Delete
    2. ada fon number ? saya nak buat pakej ke sana

      Delete
    3. colmar tropicale hotel tak tahu contact number. saya menginap di Nora Lodge.Boleh contact Pak Cik Ibrahim 016-407 4657 manager dia. Review Nora Lodge boleh baca sini http://bilakakiberjalan.blogspot.my/2015/04/review-noras-lodge-bukit-tinggi-pahang.html

      Delete
  6. assalam, nak tanya. nora lodge tu brape for one night n boleh stay brape orang tuk satu chalet? thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam puteri. RM 130 untuk sebuah chalet untuk 3 orang termasuk breakfast, ini bilik yang kami sewa. Boleh baca review Nora Lodge disini http://bilakakiberjalan.blogspot.my/2015/04/review-noras-lodge-bukit-tinggi-pahang.html

      Ada sekali nombor contact person untuk tanya harga bilik lain-lain.

      Delete
    2. ohh. okay. terima kasih ya :)

      Delete
  7. Assalammualaikum...
    Kalau sy bermlm disana...tp nak cari mkn lunch yg murah dan ala2 biasa je..bkn western punya...perlu trun ke kpg berhmpiran ke?apa ya nma kwsnnya?

    ReplyDelete
  8. Assalam walikum
    Nice post
    visit - https://www.mzahidtravel.com

    ReplyDelete
  9. Assalamu'alaikum mau tanyk KL ke bukit tinggi pakai bis ap y

    ReplyDelete
  10. satu hari cukup gak ya langsung pulng k KL

    ReplyDelete