Review Nora's Lodge Bukit Tinggi, Pahang

Hasil mengoogle, kami jumpa Nora's Lodge. Walaubagaimanapun, blog rasmi tidak dijumpai. Untuk contact mereka boleh call pengurus dia iaitu Pak Cik Ibrahim 016-407 4657.

Inilah rupa chalet kami
Awesome morning view

Bersesuaian dengan namanya iaitu Dusun Nora, chalet ini terletak didalam kawasan dusun yang berada di tepi bukit. Imagine bawak kereta, sebelah kanan gaung, sebelah kiri bukit. Bawa kereta slow and steady masa nak masuk, insyaAllah takde apa-apa.

Direction ke Nora Lodge Bukit Tinggi, Pahang

Direction nak kesana pulak, mudah saja.
Dari highway KL/Kuantan - Exit 805 Berjaya Hills - Lepas Guardpost ke kanan dalam 3km - Nampak kanvas hijau slow - dalam 30meter nampak simpang Orchard Lots masuk - straight je - ikut signage Dusun Nora

The famous Kanvas Hijau
Nampak signboad nie, terus masuk lorong .
Direction nie memang kelakar, tapi boleh jumpa Dusun Nora. Kanvas hijau paling tak boleh blah. Rupanya sepanjang kat Kuantan ni diorang memang guna kanvas hijau buat tutup tanah runtuh.

Bilik yang kami ambil kat Dusun Nora adalah satu chalet dengan 1 Queen bed+ 1 single bed dengan kipas + breakfast free nasi goreng,meehoon goreng,kopi,teh o. Toilet dan shower dekat luar, shared.

Apa Yang Best?

1-Harga mampu bayar.
2-View breakfast sambil tengok awan pagi - pagi, udara fresh tenang aje itu priceless
3- Malam-malam tidur sejuk je.
4- Air mandi pun sejuk je sebab air bukit.
5- Malam-malam boleh BBQ
6- Set TV Karaoke ada. Congkak pun ada.
7- Ada ayam dalam reban, arnab. Free je tengok. Takyah bayar kat Animal Park tu.
8- Boleh order makanan, nanti diorang masakkan. Jangan order macam-macam dah la.

Morning!
Menuju chalet
Apa Yang Tak Best?

1-Ngeri seketika time keluar masuk kereta.
2- Siang panas wo dalam bilik. Ada kipas pun berpeluh jugak tidur. Tapi malam ok je.
3- Toilet and shower kat luar, kena kongsi.

Open shower. 
Motif gambar: Arnab comel dengan shower
Tempat makan
Karaoke boleh, tengok TV boleh, main congkak pun boleh.
Tips

1- Kalau boleh bawa 4WD. Jika guna kereta biasa, sila drive slow kalau tak mau bahagian bawah kereta terentak.
2-Waktu nak keluar dan melalui jalam berbukit, tukar gear rendah, tekan minyak kuat-kuat. Jika tak, kereta anda akan mengelungsur ke belakang. Jangan panik dan cepat-cepat tarik handbreak.
3- Jika ada kereta kat depan  masa nak keluar, sila jarakkan kereta jangan dekat sangat.
4-Bawa makanan macam biskut sendiri kalau tak mau lapar.

Nora Lodge Bukit Tinggi contact no Pak Cik Ibrahim 016-407 4657
Bagi yang mahu stay di Colmar Tropicale pula boleh book disini.

22 comments:

  1. nampak menarik. Plan nak gak pergi ni sehari dua

    ReplyDelete
  2. Best dan tenang. Trip sehari dua memang sesuai sangat.

    ReplyDelete
  3. bila masuk simpang DUsun nora tu, jalan sikit ada 2 simpang kan? masuk kiri atau kanan..hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak dah tak berapa nak ingat. tak silap masuk kira. Kanan tu ada pagar rasanya.

      Delete
    2. masuk kiri, kalau masuk kanan nnt ada lorong yang curam,, kalau dah masuk, matilahnak, susah nak keluar

      Delete
  4. emm . harga mampu milik tu berapa yer maknanya . kalau amik package sama macam kat atas tu . huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM 130 untuk sebuah chalet untuk 3 orang termasuk breakfast. Setakat kami research waktu, harga ini saja sesuai dengan bajet.

      Delete
  5. Replies
    1. Maaf lambat reply. no Puan Nora 012-2015218. Tak tahu masih nombor sama atau sudah tukar. Biasa dia akan minta deal dengan manager dia

      Delete
  6. kalau pergi naik bas dari berjaya times square ke bukit tinggi, then lepas tu nak naik apa dari bukit tggi nak ke nora chalet ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde public transport rasanya yang ada.mungkin booleh hubungi pihak nora lodge kalau diorang boleh aturkan

      Delete
  7. teringin nak ke dusun nora ni, tapi takut plak bile pikir jalan ke sana.
    nak stay di colmar mmg xla.. mahal angatt :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. colmar agak mahal jugak. Drive slow-slow dan hati-hati, sampai insyaAllah

      Delete
  8. hi kak. klu pergi naik bas, mcm mane perjalan kt sane nanti eh? senang x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi. nak ke Nora Lodge biasanya kenderaan sendiri. Bas rasanya tak naik sampai atas. Teksi mungkin boleh tapi tak sure sebab naik kereta sendiri saja.

      Delete
  9. saya nak tahu harga chalet2 di sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM 130 untuk sebuah chalet untuk 3 orang termasuk breakfast. Ini untuk chalet dengan 1 katil double, 1 katil single (harga tahun 2015)
      .
      Untuk harga terkini chalet lain boleh hubungi Pak Cik Ibrahim 016-407 4657

      Delete
  10. saya nak tahu harga chalet2 di sana

    ReplyDelete
  11. katanya toilet di luar dan stail kampung. saya nak tau jamban duduk ke cangkung. sebab wife oku tak boleh cangkung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya tak semua jenis bilik tandas diluar, ada bilik dengan private toilet. Boleh call manager dia Pak Cik Ibrahim 016-407 4657 untuk jenis bilik & toilet yang ada.

      Delete
  12. jalan masuk ngeri sangat2,,,,bilik kurang selesa,,,lebih baik bawak makanan sendiri,,,harga mahal kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum en..boleh bagi review lagi utk tempat ni?

      Delete