Pages

Review Klook Intramuros Bamboo Bike in Manila, Philippines

Inilah rupa basikal buluh tu
Menggunakan laman web Klook, aku mencari pakej aktiviti yang ada disekitar Manila. Setelah carian dibuat dan ditimbang tara kesesuaian, aktiviti berbasikal terpilih. Oh ya, untuk ketahui lebih lanjut tentang Klook boleh ke sini

Kami pilih tour Intramuros BamBike Tour. Memang seronok dan best sangat. Sehari sebelum itu kami tempah tour ini dan terus dapat pengesahan. Esoknya awal pagi kami dah sampai ke HQ Bamboo Bike di Instramuros.

Dia letak ni je signage depan. Ada basikal bersusun dibahagian hadapan.

Takde signboard besar Bamboo Bike, sebagai tanda arah kedai dia sebelah Casa Manila. Search je dalam map pasti ada. Tunjuk voucher dan sain document pengesahan sebelum bermula. Basikal yang bersesuaian dengan tinggi diberi dan boleh test dulu seround dua.

Kami simpan dulu bag kat sini sebab Hotel kami dekat sini je tapi belum boleh check in. Nak booking hotel kat Klook pun boleh. Kami stay di White Knight Hotel Instramuros.

Russell, guide kami bertanya jika kami boleh berbasikal kerana katanya ada yang tidak tahu berbasikal tapi tempah juga bike tour…astaga. Dia juga offer sunblock kalau lupa nak pakai. Safety helmet tak diberi tapi kalau nak boleh mintak, dia akan provide.


Tepat 10.00 am tayar basikal bergolek keluar. Kami singgah di 8 lokasi iaitu Plaza San Luis, Japanese Cannon, Puerta Real Gardens, Puerta Del Parian, Aduana Building, Manila Cathderal and Plaza de Roma, Fort Santiago, St Agustin Church.

Berbasikal dalam beberapa minit kemudian berhenti disetiap lokasi. Russell menceritakan sejarah Manila, kisah penjajahan Filipina dan kesannya kepada penduduk Filipino, sejarah barter, bagaimana novel Rizal menjadi punca kebangkitan rakyatnya, asal nama Tagalog dll.


Bukan saja diberi masa untuk berjalan, mengambil gambar instagramable, menjawab soalan-soalan kami tentang sejarah dan politik negara malah Russell turut offer ambilkan gambar dengan cameranya. Siap hantar ke email gambar yang diambil tadi.


12.30 tengah hari kami sampai ke HQ semula & diberi teh sejuk percuma sambil menonton video tentang sejarah dan social enterprise yang wujud semasa pembuatan basikal buluh. Secara tidak langsung dapat meningkatkan kehidupan dan ekonomi penduduk luar bandar disini.

Sepanjang 2 jam 30 minit, kami tidak kepenatan sangat walaupun matahari terik atas kepala. Untuk yang mahu mengikuti aktiviti ini eloklah memakai pakaian bersesuaian, bawa cermin mata hitam dan topi juga pakai sunblock lebih sikit supaya tidak sunburn.


Walaupun tempat yang kami pergi ini dekat-dekat saja walking distance, kami happy bayar RM 80 untuk info dan crash course sejarah Filiphina yang menarik didengar dan dilihat. RM 80 tu termasuk bike, entrance ke Fort Santiago, dan guide. Its worth it!

Jika kurang bajet atau masa boleh pilih pakej express atau pakej sunset. Ada juga pakej lain disini seperti
Alangkah menariknya jika di kota bersejarah Melaka yag mendapat pengiktirafan UNESCO juga ada menyediakan aktiviti seperti ini. Barulah tidak bosan melihat batu bata dan meriam tanpa kenal dan faham sejarah disebaliknya.

Oklah, sebagai hadiah sebab baca sampai habis, gunakan code U8J9V  dan korang akan dapat RM 15 bila signup. Terus boleh guna untuk beli anything dalam Klook. Untuk cara daftar dan guna Klook pula boleh tengok disini Cara Buat Tempahan di Klook

Sekian, adios!

No comments:

Post a Comment