Pages

OYO Untuk Dapatkan Harga Hotel Murah (NEW UPDATE 2020)

Cara Dapatkan Bilik Hotel Harga Murah.


Last week aku ada urusan di Shah Alam & perlu stay di hotel. Seperti biasa aku suka usha hotel di booking.com sebab ada tulis jarak dari satu tempat ke hotel. Masukkan tarikh, tempat & beberapa pilihan diberi.
.
Aku perasan banyak hotel ni tulis Oyo, Oyo jadi aku tanya pakcik aku iaitu Pakcik Google. Rupanya Oyo hotel ada apps sendiri. Dann...ini yang penting, bila kita masukkan referral code, kita akan dapat Oyo money dalam RM100. Wow! Dengar je duit free terus download walaupun belum faham.


Aku pun cari balik hotel yang diusha di booking tadi & ternyata dalam Oyo dapat lagi murah. Di booking.com tarikh yang sama harga dalam RM84+ tak silap (sorry lupa screenshot). 
.
Dalam Oyo apps dia beri lagi murah. Satu tips, semak harga dalam pukul 8  malam, kadang diskaun banyak. Tips lagi, ko Saved/ 💓 hotel pilihan, akan dapat notification bila dia slash harga.


Ini contoh diskaun yang aku terima. Dari harga Oyo RM81 tolak price drop RM26, Oyo code RM9 & tolak lagi Oyo Money RM15 (ini dari RM100 yang ko dapat bila guna referral code). Ha, sekarang ko kena bayar RM36 je untuk satu bilik. Jimat RM74 woi banyak tu sebab harga sebenar bilik ni adalah RM110.
.
Perlu diingatkan bahawa Oyo Money not applicable to all rooms dan berapa RM ditolak pun berbeza-beza. Based on what dia kasi diskaun aku tak tau, yang aku tau orang kasi diskaun amek je & bersyukurlah.
.
Oyo money ni maximum boleh guna sampai RM2000 sebulan & ada expired date. Bagi yang kerap ke luar daerah atau outstation & duduk dihotel, elok sangat download Oyo apps ni.
.
Yang kureng Oyo ni cuma pilihan hotel dia tak banyak lagi sebab baru nak up. Nanti lama-lama bertambahlah kot hotel dia. Satu lagi bab online payment, option dia PayPal je nanti kena cas lagi. Baru nak bergaya bayar pakai kad BigPay tapi tak dapat, maka bayar guna cash di hotel.
.
Itu saja perkongsian aku menggunakan OYO apps. Download sini https://share.oyorooms.com/NABICKYUB?sp=app Untuk dapatkan RM100 Oyo Money copy&paste referral code ini NABICKYUB 

Untuk baca review hotel yang aku tempah guna apps OYO boleh baca di Review Hotel OYO
Ini pula tutorial tentang BigPay card untuk swipe apa-apa kegunaan korang.

UPDATE 2020


Ada banyak update terkini OYO, jadi tak sempatlah aku nak update semua. Ini update yang aku perasan, yang lain tu korang explore je apps dia ok.

1- Referral code sekarang dapat RM50 Oyo Money ( point dalam Oyo, bukan cash yang boleh ditukar) dulu 100, ok lah tu
2- Oyo Money boleh diapply bukan pada semua bilik. Ada hotel dapat, ada hotel takde. Syukurlah yang dapat claim tu, baik ada dari takde ye dak?
3- Oyo Money ada expired date & ada maximum berapa boleh guna dalam 1 bulan
4- Limit RM160 sahaja OyoMoney boleh diguna dalam 1 bulan.
4- Daftar nama masa booking kalau boleh nama sama dengan orang yang akan check in & ikut IC sebab nanti dia mintak ID nak semak.
5- Biasanya hotel mintak deposit, so sediakan duit lebih untuk depo.Dah check out nanti dia pulang balik jangan risau

Untuk lebih clear cara tempah & guna OYO MONEY, aku ada buat video ni. Boleh tengok, fahamkan dan cuba try. Nak crystal clear lagi kau contact je customer service OYO tu.

Sekian, terima kasih!



35 comments:

  1. nak tanya, oyo apps hanya boleh book bila ade kt tempat kite nk stay je ke? oyo apps nie provide future book ke tak mcm nk pegi nye bulan depan tp nk book siap2 untuk hari nie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh book awal..fungsi sama macam booking.com, agoda etc

      Delete
    2. Saya perasan.. kalau book awal harga mahal kalau book hari yg nak chekin murah..

      Delete
    3. Mungkin jugak. Saya biasa fav dulu hotel yang berminat, nanti dia turun harga lagi baru booking

      Delete
    4. Maaf nak tanye. Oyo ni bayar cash di kaunter ke atau tolak duit rm100 dalam OYO ni?

      Delete
  2. Ap beza bayar
    Online dgan cash?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ini online payment oyo terima paypal saja. PayPal ada service charge pulak. Cash bayar ikut berapa yang dikenakan saja

      Delete
  3. ada sekali je dapat book 4 hari 1 malam rm17 je katil king..
    tapi lepas tu macam xde lagi murah2 dah..
    ada tips tak pkul berapa yg ad promosi murah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh saved hotel yang ditarget. Nanti dapat notification dari oyo bila ada promo

      Delete
  4. Nak tanya... Booking dekat oyo.. Amount payable tu tulus rm56.. Tgk kat resit oyo jadi 127 maksudnya macam mana tu tapi die.xtulis rm....huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga asal RM127, lepas dah tolak diskaun & coupon dll yang perlu bayar RM56 saja

      Delete
  5. Bila wallet rm 100 tu expired. Tak boleh renew baru ke atau rm 100 tu akan hilang bila expired. Maknanya amount wallet jadi rm 0 ke? Thank you

    ReplyDelete
  6. Mcm mana nk guna oyo wallet tu.. Semua room tulis not applicalble

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oyo money applicable bergantung pada oyo. Ada yang boleh guna oyo money, ada yang not applicable

      Delete
  7. Hai .sy bru sign up oyo ni .bru nk cube gune 100 tu .klu sy book hotel yg hrge bwh 100 ,mmg sy tak perlu keluarkan duit lagi ke ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung pada offer oyo time tu & hotel. Ada bilik yang boleh guna oyo money, ada yang tak boleh. Biasanya kena juga topup sikit, takde bilik 100% free. Download apps & cuba

      Delete
  8. Hai nak tanya boleh ke book bilik tanpa BAYAR SEKARANG ? Saya dah book bilik tp belum byr tu dikira book under nama kita ke? Nak byr dkt hotel bila sampai. Thnks

    ReplyDelete
  9. Bro cmne nak bayar guna wallet tu? Tak nak guna cash or other online bank

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia tolak nilai oyo money dari dalam apps. baki perlu bayar kena bayar cash juga di hotel.

      Delete
  10. salam..mcmna nk beli discount evoucher yg kt shopee pstu nk apply kt oyo app..x berapa pham cra diaorang...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. add to cart macam biasa untuk beli evoucher dishopee. atau boleh redeem dari shopee point. pergi ke oyo apps, ada ruang voucher, masukkan kod voucher yang diterima dari shopee

      Delete
  11. Sy ada rm100 dlm oyo money.. Mcmna nak buat byran jadi murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada certain hotel boleh guna oyo money.. boleh tengok tutorial video saya

      Delete
  12. Salam sis..mcmnana u guna oyo money... saya dh try bnyk tempat x boleh...oyo money saya 24 ni expired dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. certain hotel saja boleh redeem

      Delete
  13. Knp oyo money sy berkurang.. Jadi rm50...mase mula sign up dpat rm100. Tpi skng tnggal rm50 je..ada potong ape2 ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. oyo money ada expired date. kalau ada yang deduct tiba-tiba boleh tanya customer service oyo

      Delete
  14. Saye ade tnye pekerja oyo tadi,saya dah book hotel tapi nk bayar masa check in nanti,lepastu dia kata kena bayar duit deposit dulu untuk confirmkan booking kita,betul ke???

    ReplyDelete
    Replies
    1. beri salinan emel/ tunjuk emel confirmation yang kita dapat dari oyo. Dia akan cek dalam sistem booking dia.

      untuk masuk/ check in hotel biasanya hotel perlukan deposit (biasa RM50 per room). Check out nanti dia pulang depo tu. (Bayaran depo pun bergantung hotel ada yang ambil & berapa RM)

      Delete
  15. Org lain dpt 100 knpe sye rm30 je

    ReplyDelete
  16. hi..nk tanya hotel oyo tu slalunya minta brapa deposit?

    ReplyDelete