Pages

Buat Photobook Untuk Gambar Travel Anda Dengan Pixajoy!

Seperti yang pernah aku ceritakan dalam post sebelum ini mengenai 3 website untuk cuci gambar, aku akhirnya telah berjaya buat album gambar travel yang banyak-banyak tu. Tahniah untuk diri sendiri!

Target aku adalah sekurang-kurangnya satu album gambar untuk setiap backpacking trip yang sudah aku buat. Setakat hari ini, aku sudah ada 3 buah photobook yang dibuat di Pixajoy. Ini contoh photobook aku yang sudah siap. 

Photobook pixajoy travel photo
3 photobook yang berjaya dibuat

Kenapa buat photobook di Pixajoy sangat best?

  • Harga berbaloi
Untuk 48 muka surat penuh berwarna guna kertas Gloss berkilat,  atau Matte mini photobook aku cuma bayar RM 8 sahaja untuk kos penghantaran. Photobook tu Free saja. Nak free jugak, nanti aku cerita macam mana. (Update kalau takde promo free photobook, boleh beli je e-voucher harga bawah RM 3 https://invol.co/cl5hqv5 pastu bayar RM 8 untuk postage)

  • Photo editor sendiri
Pixajoy ada photo editor yang mudah digunakan. Yang kreatif dan inovatif tu lagi la seronok sebab editor dia boleh susun-susun gambar, decoration, shapes, text dah serupa macam buat scrapbook tau.

Satu lagi, editor dia boleh guna walaupun offline. Maksudnya tiada internet pun ko boleh edit gambar. Nanti nak print gambar tu barulah ko kena online sebab nak send dekat server dia kan. Jadi, bila-bila masa ko nak edit gambar dimana-mana pun boleh.

Mobileapps pun dia ada tau. Ha, lagi senang la korang nak edit gambar guna smartphone tu.

  • Design sudah ada
Bagi mereka yang kurang darah kreatif (aku contohnya) jangan gundah gulana. Macam-macam design mengikut tema dia dah sediakan contohnya tema Graduation, Birthday, Wedding dan lain-lain. Guna saja tema dia dan edit ikut rasa hati.

Cukup sudah aku cerita sebab aku suka Pixajoy. Meh aku tunjuk macam mana cara aku buat Photobook.

Step cara daftar Pixajoy

  1. Pergi ke Pixajoy
  2. Masukkan alamat emel
  3. Isi Nama & Nombor Telefon (pastikan nombor yang aktif)
  4. Request TAC (macam TAC untuk buat mobile banking)
  5. Isi TAC (akan dapat SMS di nombor yang didaftarkan tadi)
  6. Get Offer
Cara daftar Pixajoy (Video)



Seterusnya boleh beli dulu voucher. Ini untuk pastikan anda dapat  grab harga murah, promo code dan lain-lain. Boleh beli voucher Pixajoy di online shop seperti ShopeeLazada, Groupon  dan lain-lain. 

Nak grab offer dan Promotion di website Pixajoy pun boleh di tab Promotions.

Voucher ni semua ada tempoh validity tau. Contohnya boleh digunakan dalam masa 3 bulan. Kalau jenis rajin beli voucher macam aku, dan terlupa nak gunakan voucher tu (macam aku juga), jangan risau. Pixajoy ada beri option untuk extend validity voucher anda. Tapi adalah sikit bayaran dikenakan. Kalau tak mahu, pastikan anda redeem dan gunakan voucher tu dalam tempoh yang diberi.

Langkah buat photobook dengan Pixajoy secara Offline
(#Beli voucher atau deal tu sendiri tahu rasanya)

Beli e-voucher Pixajoy di Shopee https://invol.co/cl5hqv5

1. Download Editor for Photobook di website Pixajoy
Ada pilihan editor offline, online dan mobile apps

2. Download Template Theme
Ada tema Family, Wedding, Event, Travel dan banyak lagi. Tak download pun takpe.

3. Install Pixajoy Editor

4. Tunggu Editor buat auto update

photobook pixajoy tutorial
Tunggu auto update

5. Download update baru
Tutorial photobook pixajoy
Install update baru

6. Create New Project
Create New Project

7. Choose Product Type 

Bergantung photobook apa korang mahu contohnya mini photobook
Pilih produk type

8.Choose Product
Contohnya aku pilih Mini Softcover
Pilih saiz photobook

9.Choose Picture
Boleh ambil dari FB, Flickr, dari komputer ( nak senang masukkan gambar berkenaan dalam satu folder terus Add Folder saja)
Masukkan folder gambar

10. Tulis nama projek untuk photobook
Namakan projek


11. Taraa..Sudah masuk dalam editor 



Pandai-pandai la korang godek segala button dalam editor dia ni. Boleh masukkan text, background, mask, frame, icon comel-comel macam scrapbook dan lain-lain.



Ni aku letak dalam bentuk gambar, kalau tak clear lagi tak tahu la macam mana.
Dah boleh edit photobook
Langkah seterusnya setelah siap edit dan puas hati adalah hantar photobook tu secara online untuk dibuat oleh Pixajoy dengan upload dalam sistem dia. Ha, ini memang kena pakai online dan ambil masa sikit depends kepada banyak mana gambar, speed internet dan lain-lain.

Kemudian buat bayaran online dan isi maklumat mahu hantar photobook tu kemana.

Bila rajin nanti aku tunjukkan step untuk hantar photobook yang telah siap di edit (which means kena tunggu aku habiskan edit yang tak tahu bila). Korang buat sendiri pun boleh senang je.

Photobook travel memories
Photobook travel Korea paling aku suka 
Senang je kan nak buat Photobook? Best tau bila dapat tengok dan pegang gambar cantik-cantik yang penuh kenangan dan memori gitu ditangan sendiri. Tunggu apa lagi? Buat la Photobook untuk gambar travel korang tu, takkan nak simpan buat penuh external hardisk je.

Nah link nak daftar Pixajoy sekali lagi.

LINK DAFTAR PIXAJOY


Tips Tambahan 

  • Beli kupon Pixajoy di Shopback & dapatkan semula sebahagian duit korang. Ketik sini untuk link ke Shopback.
  • Tak tahu cara guna Shopback? Baca tutorial Shopback sini dulu.
  • Boleh juga guna apps lain iaitu Photobook Malaysia

Apa-apa tak faham komen saja di bawah.

Adios kawan-kawan~

3 comments:

  1. Saya baru nak try buat photobook ni. Terima kasih atas panduan yang berguna ni ye :)

    ReplyDelete
  2. Bole tunjuk steps utk mobile apps? sy buntu sy guna mobile apps. Dapat Free 20pages cheap n chic soft cover sempena Birthday maxis bagi. Tapi option ada 40pages. mcm mana nk delete pages tu..

    ReplyDelete