Pages

Review iRest Aonang Krabi Hostel


Lokasi : 10 minit dari Aonang Beach

Harga:

Nama iRest Aonang Krabi Hostel ni ada dalam online sahaja. Masa kami tiba, sudah diberi nama bari iaitu iKrabi. iRest nie pun jenis dorm, tapi kami dah request satu bilik kami nak. 
Dia pun penuhi request tu. I like.

Masa tunggu budak-budak nie sampai, kitorang cekidaut la keadaan hotel nie.
 Ada reception area, ada sofa & tv kat situ. 
Ada jual poskad handmade yang sangat cantik itu (tapi mahal sikit 30 baht). 
Lepas tu nampak ada mat salleh lepak kat luar. 
Kitorang pun keluar la tengok. 
Rupanya diorang tengah breakfast. 
Pergi la sana amek gambar. View pun cantik.

Tetiba ada makcik nie beri salam. Kitorang pun jawab la salam. 
Haq tanya “ Where are you from?”. 
Dia jawab “ Im the owner”..ha, amek ko. 
Pastu borak sikit. Tanya new hotel ke? 
Baru 3 bulan beroperasi katanya. Very nice..harus puji hotel kat owner dia..hehe..
Tapi memang nice pun hotel nie. 
Cakap kitorang belum check in lagi, and esok tak dapat breakfast sebab check out awal. 
Dia kata takpe-takpe, jemput la makan breakfast

Serius? Hahah…rezeki jangan ditolak. 
Kitorang pun amek la apa yang patut.
2nd round breakfast. 
Siap amek gambar lagi dengan owner. 

Apa yange best?

Firstly, aku sangat suka hostel nie. Maka, akan banyak la benda best yang aku senaraikan walaupun tidur semalam je kat sini.

- Hostel baru 3 bulan, everything look new and nice.

- Owner dia both husband and wife orang Muslim dan sangat friendly. Dia kata nak jadikkan Ikrabi Hotel Halal. Good idea.

- Pekerja dia semua ( yang aku nampak la) semua bertudung da nada uniform dia.

- Harga termasuk buffet breakfast. English breakfast macam telur sunny side up( sangat sunny..aku suka), roti bakar, omelette, baked beans, nasi goreng, air instant, orange juice,cereal dll.

- Bilik air dia adalah terbaekkk. Ada banyakk shower and toilet, tak yah berebut. Sytle letak sebelah-belah macam asrama dulu. Jadik kalo nak mintak shampoo orang sebelah, jerit je..haha

- Cermin muka & sinki pun ada banyak jugak. Siap dengan hand soap. Ada tempat sidai baju jugak. Ada hair dryer.

- Bilik kitorang dekat je dengan shared toilet & bathroom tu. 

- Dalam setiap bilik air ada shower foam. Save budget dan wangi.

- Katil dia pun aku suker. Selain besar dan plug macam kat Aonang Backpacker, ada jugak lampu kat setiap katil. Jadik kalau ko nak stay up bukak lampu ko sorang je.

- Bilik dia lebih besar dari Aonang. Nak solat 2,3 orang sekaligus takde hal. Siap ada set kerusi, meja lagi dalam tu.

- Ada loker kat luar bilik. Aku assume free je sebab ada kunci sekali kat situ.

- Reception sentiasa ada orang. Nak check out pukul 6 pun takde masalah. 

- 5 minit jalan kaki akan sampai ke jalan besar yang ada jual banyak makanan halal malam-malam. 

- Dikelilingi banyak hostel lain. Nak try satu malam, satu hostel pun boleh.

- Tempat Breakfast dia kat balkoni menghadap luar. Dapat view dari tempat tinggi time makan. 

Safety box kalau nak letak apa-apa
Ada sofa untuk melepak
Dapat view nie sambil breakfast
Ovaltine satu!

Apa yang tak best?

Aku bias. Aku tak tau apa yang tak best..hahah 

- Breakfast buffet start 7am. Checkout awal tak dapat la breakfast.

- Pukul 9.30 dah kemas dah buffet. Tak dapat nak tambah-tambah…hehe


Tempah Di Mana?


Boleh la cuba hostel Muslim owned ni dengan book Agoda. Dia masih tak update nama baru di Agoda rasanya. Boleh book lepas tu rajinkan diri pergi confirm semula.

iRest Aonang di booking.com

Nak tengok hostel lain sekitar Aonang boleh tengok di Agoda atau di booking.com

No comments:

Post a Comment