Pages

9 Barang Penting Dalam Daypack


Bila berjalan-jalan nie, aku suka bawak beg atau dipanggil daypack. Pakai beg kecik & ringan je.
Aku lagi suka bagpack dari bag silang walaupun berpeluh jugak la bila berjalan, lagi-lagi waktu tengah hari.

Mungkin orang lain lebih prefer tak bawak barang waktu berjalan atau hanya bawak beg kecik. Selain daripada boleh fefeling backpacker sepanjang masa, ada banyak barang aku suka angkut sentiasa.

Mari tengok barang ape je yang aku letak dalam daypack.

1. Peta

Walaupun korang sudah ada apps, peta masih penting sebab kadang-kadang orang tempatan tak faham sebutan kita. Jadi bila ada peta yang ada tulisan diorang, just tunjuk je pada mereka. 

2. Mineral Water


Aku jenis banyak minum air, jadi mineral water adalah sangat penting. Sebelum keluar hostel, sila isi mineral water sampai penuh. Bila jumpa sumber air free pun, sila refill.

3. Foldable Water Bottle


Bekas air nie aku tak buat simpan air, sebaliknya aku gunakan sebagai bekas air cebok. Harap maklum..haha. Nie penting jugak sebab banyak negara tak ada paip air. Jadi sebelum masuk toilet, isi dulu bekas air nie. Best sebab kalau tak mau guna, boleh lipat je, jimat ruang.


4. Bekas Ubat


Bila berjalan kadang-kadang berlaku kecemasan yang memerlukan rawatan segera, contohnya pening kepala, kaki melecet, gastrik dll. Oh, handyplast jugak penting ye.

5. Makanan


Selain banyak minum air, aku jenis makan tak banyak (kadang-kadang boleh tahan banyak jugak), tapi nak selalu makan. Oleh itu, aku ada la jugak bawak makanan kecik dan ringkas buat alas perut time lapar nanti. Contohnya macam biskut dalam pack, gula-gula, biskut oat dll.

6.Payung


Kalau pergi tu season yang memang takkan hujan punya tak perlu la bawak. Option selain payung adalah ponco atau baju hujan yang lebih ringan untuk diletak dalam bag. Kalau bawa payung, guna payung kontot je bukan sekaki payung.

7. Passport


Passport adalah pengenalan diri kita semasa diluar negara. Oleh itu bawak la bersama kemana saja. Kalau nak tinggal kan dibilik hotel passport asal, sila bawak salinan passport dalam bag.

8. Powerbank


Pastikan juga powerbank anda telah dicharge sepenuhnya malam itu. Kalau tak buat memberatkan bag je powerbank nie. Powerbank penting sebab selain handphone, kamera juga boleh dicharge guna powerbank.

9. Alatan Mengambil Gambar aka Kamera

Selain kamera handphone digunakan untuk ambil gambar, kamera biasa atau kamera power jugak digunakan. Oleh itu, kita simpan semua dalam bag. Oh ye, sekali dengan peralatan lain macam selfie stick dan extra bateri (yang fully charge).


Ha, macam mana? Banyak tak barang aku sumbat dalam daypack aku?
Nie option dan ikut keperluan masing-masing. Ada 2 tips free nak kasi pasal daypack nie ;


  • Ada bagpack dapat sekali daypack yang diattach sama



  • Daypack foldable jimat ruang


Sekian, selamat mengendong bag!

No comments:

Post a Comment