Tips Sebelum Perjalanan Jauh



TIPS TRAVEL LAMA

Sejak habis trip IndoChina hari tu, dapatlah sikit tips bilamana berada dalam kenderaan (bas, van,minivan dan keretapi) antara 4 hingga 12 jam. Mari tengok list perkara yang perlu bawa sebagai persediaan.

EARPHONE

Selain guna untuk dengar lagu,earphone juga boleh mengurangkan kebisingan bunyi orang sebelah berborak atau lebih dahsyat lagi bunyi berdengkur.

Option lain: plug telinga

MINERAL WATER

Kering tekak oi dalam bas 8 jam. Boleh juga diguna buat basuh muka lepas bangun tidur.

Tahukah anda, letak botol air 8jam dalam bas boleh menyebabkan air kosong menjadi air sejuk? Pi letak bawah aircond tu.

BALM PANAS/ MINYAK CAP KAPAK

Digunakan kalau dah mula mual-mual. Lagi baik pakai sebelum mula travel. Moga-moga mat salleh tak confuse dengan bau minyak cap kapak.

JAJAN/CEKELAT

Buat alas perut. Jajan yang simple macam coklat, kacang,biskut. Boleh buat sarapan, makan tengahari mahupun midnight snack. Simple jajan je tau, jangalah BigMac bawak masuk, kecur orang sebelah tengok.

PANADOL/PIL TRAVEL

Jenis yang mabuk bila perjalanan jauh telan pil sebelum mula bergerak.

NECK PILLOW

Pilihlah neck pillow yang selesa dengan korang, jangan pilih yang comel je tapi tak berfungsi sebagai pillow pun. Ini penting supaya leher korang tak senget atau lebih teruk patah lepas tidur berjam tanpa bantal.

Jenis yang tidur melentuk-lentuk tu pun eloklah pakai neck pillow.
Option lain: bahu orang sebelah

SWEATER

Supaya tidak menggigil dalam kesejukan pagi atau malam. Juga berfungsi sebagai selimut dan penutup muka. Maklumlah, time tidur muka tak boleh control ternganga.

Boleh dijadikan bantal extra bila mana bantal yanh disediakan (kalau ada) nipis macam tshirt.
Option lain: towel, kain batik/pelikat

DOMPET

Pastikan dompet dan dokumen penting macam passport sentiasa ada pada korang. Jangan letak passport dalam backpack yang diletak dalam trunk bas contohnya.

Time tidur sila peluk atau pastikan tersembunyi dari pandangan orang.Teknik bag disilang didepan badan atau kaki boleh digunakan.

Ingatan lain

  1. Selesaikan urusan toilet sebelum mula perjalanan.
  2. Jangan makan heavy food sangat banyak atau minum air setempayan. Nanti cepat mual nak muntah atau nak terbuang air.
  3. Pembuangan angin ditempat tertutup macam van adalah dilarang.
  4. Jenis makan macam-macam tu bawak sekali plastik bag untuk letak sampah.
  5. Masa terluang boleh digunakan untuk tidur, dengar lagu (surah terpilih pun boleh), merenung masa depan, update mak ayah korang, semak itineari, Google tempat yang berkenaan & berborak dengan orang sebelah. Mana tahu jumpa #bpjodoh
  6. Borak atau gelak tu bawak-bawak bertenang dik, dalam bas tu ada 20 orang lain. Please be considerate, jangan ingat tu bas bapak hang walaupun nama ayah hang Sani.
  7. Dah berapa hari stokin tak tukar daa..janganlah dibukak kasut tu. Pengsan semua orang.
Tengok semua video sepanjang kembara overland di negara IndoChina disini!

No comments:

Post a Comment