Cara Sewa Motor Di Luar Negara



03- Cara Sewa Motor Di Luar Negara #tipskakiberjalan
+ Selain naik bas,keretapi, tuk-tuk dan sebagainya aku juga gunakan motor untuk mudah bergerak. Kos terlibat adalah kos sewa motor sehari dan minyak atau orang Thailand panggil gasoline.
+ Step untuk sewa motor
1. Cari kedai sewa motor
Lagi baik pergi tempat yang ada beberapa kedai motor, baru buat pilihan. Baca review orang lain jugak.
2. Survey harga & jenis motor
Tak pandai bawak manual, ambil la motor automatik.
Automatik kadang-kadang mahal sikit dari manual.
Juga tengok jenis motor, enjin besar harga lain la.
Tanya juga ada termasuk mangga dan helmet 2 biji tak?
3. Isi borang & tinggal deposit
Kita perlu isi borang untuk sewa motor.
Ada yang mahukan deposit duit, ada yang mahu deposit passport.
Kalau boleh elak letak passport.
Ataupun letak passport lama.
Biasanya tiada yang minta atau tanya lesen memandu.
4. Periksa motor
Kita kena periksa keadaan fizikal motor tu depan orang yang berikan motor. Aku siap ambil gambar semua kecederaan motor macam scratch.
Snap gambar sebagai bukti bahawa motor tu memang sudah ada scratch sebelum kita sewa. Supaya tak jadi kes dipaksa bayar ganti rugi.
Cuba start enjin dan bawa seround.
Kadang-kadang nak start enjin pun tak tahu, maklumlah motor macam-macam jenis.
Itu sahaja. Sekarang bolehlah pergi cari stesen minyak untuk isi minyak dan mula bersiar-siar dengan motor sewa korang.
+ Best tau naik motor sewa sebab
1) kos lagi murah
2) boleh explore banyak tempat lain
3) boleh set time sendiri
4) boleh merempit di luar negara
5) boleh usha motor sebelah eh :P
+ Tips lain
1- Pulangkan motor pada waktunya, pandai-pandai la set time dan kawtim kalau lambat. Jika tidak mungkin didenda (ikut budi bicara kedai sewa)
2- Estimate berapa nak isi dalam tangki minyak  Kalau tanya orang kedai motor, mesti dia kata kena full tank, padahal minyak tak guna banyak pun untuk sehari.
Kalau tank penuh masa pulang bukan dapat duit balik pun, free je dia ambil. Lagi-lagi tempat yang minyak mahal macam Thailand, jadi hati-hati.
Tanya orang local biasa kena isi berapa banyak. Ambil minyak gred biasa je, ko ingat ni Petronas ke nak pakai minyak sedap.
3- Alert dengan stesen minyak dikeliling. Supaya tak kalut kalau tank kering.
4- Elakkan eksiden. Jangan langgar peraturan jalanraya. Pakai helmet. Jangan kena saman. Pandai-pandai bawak diri la ye.
5- Pakai mask, sarung tangan jika nak ride jauh. Ride ok, macam power je.
6- Tanya direction tempat yang dituju dari orang kedai. Kurangkan sesat dijalan yang lurus.
7- Ambil gambar dan nombor plate motor. Bila parking, ko dah tak tahu motor ko mana satu. Jangan lupa mangga motor setiap kali.
p/s: Aku tak berani bawa motor. 18 hari overland, 4 kali guna skuter di 4 tempat berbeza, semua Haq bawa. Aku pembonceng setia tukang baca map 😝.
👉SOALAN:Apa nama motor atau skuter yang korang pernah bawak? Kat Thailand kami dok naik Scooby.
Cekidaut blog aku kat sini http://bilakakiberjalan.blogspot.my/
#tipstravel #tipskakiberjalan #siritipstravel #bilakakiberjalan
Gambar : Contoh skuter yang cedera scratch penuh satu motor. Penuh camera roll aku dengan gambar motor je.
Video: Pernah tengok orang isi minyak dengan putar minyak dalam tong? Nasib baik jumpa kedai runcit Uncle ni, kalau tak tersadai la atas bukit sebab minyak dah kering

No comments:

Post a Comment