Sunday, 14 May 2017

Aku dan Lip Balm



04- Aku dan Lip Balm 💄💄 #tipskakiberjalan
+ Ku sangka panas sampai ke petang, rupannya hujan ditengahari.
Tapi dalam cerita aku ni, tak hujan tapi sejuk sesangat.
+ Disebabkan aku dan Haq travel dari satu negara ke satu negara (3 negara) dan pergi tempat sekejap sejuk, sekejap panas, sejuk takyah on kipas, panas terik memberikan kesan kepada aku.
+ Lebih tepat lagi, memberi kesan kepada bibir aku 👄.
+ Hari keempat (dari 18 hari trip overland) aku hantar whatsapp kecemasan pada Ika.
"Bibir aku pedih rasa nak berdarah ni wei..camne?"😱
"Pakai la Vaseline. Ko ada bawak tak?"
"Apa benda tu??"
+Setelah beberapa minit baru aku dapat imagine vaseline tu apa.
Nampak sangat tak pernah guna 😂
Ika suggest beli botol kecil je sebab harga boleh tahan.
+ Sampai je ke Chiang Rai dan singgah di 7Eleven.
Tengok harga, mahal la pulak.
Maka, aku tangguhkan beli vaseline.
Baik aku beli cekelat je.
+ Petang tu ke Singha Park ada pula dia jual lipbalm dari madu.
Harga mampu beli. Natural ingredient gitu.
Terus aku rembat mengenangkan jem buah yang dihajati tak boleh beli.
+ Dapat satu lagi cenderamata dari Chiang Rai, sebatang lipbalm madu 💄. Sekarang ada je lipbalm tu kat rumah, tak guna je..haha
Pengajarannya kawan-kawan
1) bawa & pakai lipbalm
2) guna mask muka bila naik motor dalam tempoh lama dan jauh.
Pesanan penaja, elakkan bibir merekah dan berdarah dengan lipbalm.
👉SOALAN: Apa toiletories yang korang tiba-tiba kena beli masa tengah travel?
Cekidaut blog aku kat sini http://bilakakiberjalan.blogspot.my/
#tipstravel #tipskakiberjalan #siritipstravel #bilakakiberjalan
Gambar 1: Lipbalm penyelamat keadaan.Masih tak reti guna.
Gambar 2: Singha Park di Chiang Rai, Thailand. Ada ladang teh, barli, faarm house, zipline macam-macam ada.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...