Wednesday, 26 October 2016

Suntikan Sebelum Travel

01- Suntikan Sebelum Travel #tipskakiberjalan

Salah satu perkara yang menjadi kegusaran orang nak keluar travel adalah "macam mana kalau dapat penyakit nanti?".  Lebih-lebih lagi dengan penularan macam-macam penyakit seperti Zika, H1N1 dan lain-lain.

Berhati-hati boleh, paranoid itu yang susah. Oleh itu, ambilah langkah berjaga-jaga macam aku. Antaranya adalah aku ambil suntikan influenza vaksin sebelum ke luar negara. Jika pergi umrah pun ada suntikan, begitu juga ke negara lain.

Nanti maklumkan kat doktor trip nak kemana sebab injection umrah dengan injection negara lain berbeza. Bagitahu juga bila korang nak fly sebab ada vaksin berbeza mengikut season negara tu dipanggil seasonal influenza vaccine.

Menurut doktor, injection ni ada versi updated macam anti-virus dalam laptop tu. Maknanya kalau pernah inject tahun lepas, nanti ambilah lagi injection baru sebab dia sudah ditambah lagi baik.

Bukan kau saja yang berevolusi dan berkembang setiap tahun, virus pun sama tau. Kiranya protection yang diberikan oleh injection tu dapat bertahan dalam 6-12 bulan macam tu. Kalau ada alergi ke, pregnant ke beritahu doktor dulu na..Jangan tanya aku, aku belum jadi medical doktor lagi.

Soalan Tentang Suntikan Travel


  • Berapa harga?
RM 60 (tak ingat exact harga) satu kali cucuk. Cucuk sekali sudah.
  • Di mana?
Dekat klinik. Tanya di kaunter kalau dia ada suntikan ni. Aku pergi cari hampir 10 klinik kat Muar, semua pun takde.
  • Bila nak inject?
Seminggu sebelum fly bolehlah pi inject sebab vaksin ni takes time juga untuk jadi efektif. Last time inject, rasa mengantuk terus, jadi timing la bila nak dapatkan suntikan. Maybe side effect ni kat aku je.
  •  Dia inject dekat mana?
Kat lengan. Lenguh sekejap la.
  • Boleh inject sendiri tak?
Aku tanya lepas tu kena gelak dengan doktor. Cis, ingin tahu ni. Dia kata tak boleh beli dekat farmasi, kena pergi klinik jugak. Termasuk kategori ubat terkawal kot.
  •  Sakit tak?
Eh, kata dah dewasa..steady je tak sakit.
  • Wajib ke?
Sebagai langkah precaution, tak ambil pun tak mengapa.


Bacaan lanjut disini http://www.medbroadcast.com/drug/getdrug/Influvac


p/s aku bukan doktor. nak confirmation dan medical advice cari doktor bertauliah tau

#tipstravel #tipskakiberjalan #siritipstravel #bilakakiberjalan

Gambar: Ini kotak injection Influvac yang aku ambil sebelum trip IndoChina awal tahun 2016.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...