Friday, 22 July 2016

Backpacking KL- Hong Kong ~ Day 1

Assalamualaikum semua!

Marilah menunaikan tanggungjawab menulis pasal trip Hong Kong & Macau September tahun lepas. Sebenarnya trip HK ini idea asal Adah. Dijadikan cerita, Adah yang tak dapat join trip ni. Kali ini aku, Haq, Nadz dan Fedit berempat ke negara Fei Mau.

Jumaat, 4 September 2015

Seperti biasa, aku dan Haq akan sentiasa berlari-larian ke boarding gate mengejar flight. Takde mana last call pun bila kat boarding hall tak ramai orang pun lagi. Kat sini baru aku first time jumpa Fedit.

Hi Fedit! Sempoi aje Fedit dengan bagpack dan beg tarik. Masuk la kami dalam perut flight AA menuju Hong Kong (HK).

Sampai di HK International Airport (HKIA) dan kami jumpa Nadz pulak yang naik flight awal dari kitorang. Hi Nadz! Maka cukuplah ahli untuk trip HK ini. Kita mulakan pengembaraan dengan mencari Octopus Card. Kad sotong ni boleh digunakan untuk pengangkutan awam dan juga dikedai serbaneka. Kad octopus boleh dibeli di kaunter tiket keretapi (macam kat bawah) dan juga kedai serbaneka dan dalam station subway.

Kaunter Airport Express
Ada beberapa card untuk transportation yang lain, boleh research sendiri la ye. Octopus card boleh beli yang kekal atau yang on-loan. Kalau on-loan tu nanti dah nak balik, boleh pulang balik kad tu dan dapat semula deposit. Harga untuk kanak-kanak, dewasa dan orang tua berbeza, boleh rujuk Jenis Octopus Card. Kalau nak tengok kat octopus yang lain pi website Website Octopus Card Hong Kong.

Nak beli kad ni dalam airport mudah saja. Pi carik kaunter Airport Express. Ada beberapa bila keluar dari gate arrival tu. Kalau pergi yang paling dekat dengan pintu arrival, kadang-kadang ramai orang kena beratur, jadi pi la jalan sikit carik yang lain supaya tak yah beratur panjang.

Kami beli dekat kaunter Airport Express yang dekat dengan pintu Terminal 2. HKIA ini ala-ala KLIA jugak ada 2 tapi dia dekat-dekat je, boleh jalan dalam bangunan. Beli Octopus card on-loan kat sini berharga HK$150 ( HK$ 50 deposit, HK$ 100 nilai dalam kad).

Untuk ke tempat penginapan, ada beberapa cara antaranya guna bas,bas hotel teksi, kereta api,limo dll. Kami akan naik bas ke tempat dituju. Kenapa guna bas? 1) Murah (reason terpenting untuk semua benda) 2) Dapat tengok pemandangan HK. 3) Tempat diturunkan walking distance ke tempat penginapan. Tapi kena korbankan masa sikit la sebab dia sejam.

Untuk ke tempat bas, bila jumpa pintu menghala ke Terminal 2 (tengok gambo) masuk dan ke kanan. Straight je dan akan jumpa tempat bas. Kalau terus straight akan naik kereta api dan kalau ke kiri akan pergi ke Terminal 2 HKIA.

Ha pilih ko nak pi mana
Bas A21
Kami sampai dan terus nampak bas A21. Cepat-cepat beratur dan tap kad. Perjalanan ambil masa dalam 1 hour dengan kos HK$33. Untuk route lain boleh rujuk sini dan lebih banyak serta spesifik kat sini dan nie website bus laman web Citybus.  Sila pastikan korang punya penginapan kat mana, dan carik stesen terdekat. Baru tahu route mana dan bas mana nak kena ambil. Rate dia pun berbeza based on location.
Pemandangan dari atas bas
Hong Kong pusat import eksport
Pemandangan biasa rumah orang HK
Bas double decker, oleh itu otomatik akan nak duduk atas. Bas tak penuh pun dan yang paling penting selesa dan dapat duduk. Apa lagi yang best ye? Ah, dia ada tempat storage bag kat bahagian bawah, jadi tak payah angkut beg besar-besar pegi seat. Lepas tu, kat tempat letak beg tu ada CCTV, jadi dari seat atas, korang dapat tengok bag korang dari TV yang diletakkan kat atas. Takpun, ko peluk je beg tu kalau takut sangat.

Macam ni lah rupa perhentian bas
Kami berhenti di stop  Sino Centre betul-betul dipertengahan jalan nak ke hotel, kami singgah sekejap untuk beli tiket feri ke Macau dengan DingDing Travel. DingDing Travel adalah travel agency yang jual tiket attraction lain juga. Tapi berdasarkan kajian aku, tiket Disneyland boleh dapat murah kat agency lain. Jadi kita beli tiket feri ke Macau saja la.

Selesai beli tiket Macau, kita pun teruskanlah perjalanan ke penginapan kami iaitu Mongkok Hotel. Untuk penginapan di HK, Fedit yang carikan di Airbnb. Ini kali pertama aku stay dihotel book guna Airbnb. Tapi bukan hotel bangunan sebuah yang kita biasa bayangkan tu. Aku suka hotel ni, review Hotel kat sini.

Sebelum sampai di hotel ini harus ada drama. Kalau mengikut arah yang diberi untuk ke hotel, dekat saja. Tapi dengan English mereka tu, confuse jugak kami. Dah berjaya sampai bangunan hotel, kami mencari hotel ditingkat mana. Masuk lif je dah blur. Tau kenapa? Sebab nombor dalam lif dia tak semua ada. Ah sudah! Nombor 1,3,4,5,9,14,16 macam tu. Kena masuk lif lain untuk jumpa level lain.

Setelah cubaan pergi je ke level yang disangka, tanya uncle-uncle kalau tahu hotel tu tingkat berapa, diorang kata pergi ke tingkat 13. Nasib baik ada orang tau. Masa nak naik lif, ternampak satu pintu terbuka. Ramai orang main mahjung kat situ..wah, open je. Macam dalam TVB la.

Dengan keyakinan uncle yang cakap hotel kami kat tingkat 13, kami pun tekanlah lif ke sana. Ting! Pintu lif terbuka. Serentak itu kami keluar dari lif dengan rasa confuse level KluangMan. Eeeee..kita kat mana ni wei?? Apsal gelap sangat..ni macam bar ke club ni wei??

Motip sangat uncle tu suruh kitorang pergi club ni. Terus pi kaunter depan yang ada penyambut tetamu perempuan tu. Dia kata level mana ntah. Okla kita pergi level tu pulak. Apekah 30minit sesat dalam bangunan tak jumpa hotel. Dan akhirnya, kami berjaya jumpa hotel kami ditingkat 11.

Selepas check-in dan bayar deposit bilik, kami solat dan makan maggie sekejap. Aktiviti seterusnya adalah pergi beli tiket Disneyland pulak. Kenapa aku beria nak beli tiket Disneyland kat tempat lain padahal DingDing ada jual? Sebab dia paling murah la.

Stok makanan. Ini sudah overload terlebih bawak!
Perjalanan mencari tiket Disneyland. Tiket termurah didapati di travel agent kat sini website travel agent Hotelinhk. Kalau nak tiket Disneyland je, pi link ni tiket Disneyland Hong Kong . Korang pilih la yang mana berkenaan. Ni ada step by step cara daftar untuk beli tiket tu.

Jangan lupa search website lain dan bandingkan harga. Macam yang ni masa tu aku search paling murah, tapi kena bayar by cash kat office dia.

Jadi, gigih la nak pi cari mana ticketing office dia kat Tsim Sha Tsui Office. Kami pun cari la Asia Travel Care kat alamat RM 912, 9/F, Tower A, New Mandarin Plaza, 14 Science Museum Road, Tsim Sha Tsui East, Kowloon. Anything korang emel je dalam sehari dua pasti dibalas.

Kita turun di stesen East Tsim Sha Tsui. Mak ai, tergeliat lidah mak nak menyebutnya.

Tsim Sha Tsui Station
Malu bertanya sesat jalan. Kalau dah sesat, tanya dekat abang polis ok.
Ok dah tau jalan..Kaja!
New Mandarin Plaza Hong Kong

Office dia dalam New Mandarin Plaza Shopping Center ni. Dia ada dua tower jadi pastikan masuk pintu betul.
Kalau nampak fountain ni dah dekat la tu dengan shopping mall.
New Mandarin Plaza Hong Kong 
Hong Kong is colorful
Setelah tiket Disneyland selamat dibeli, kita pun bergerakk.
Kami dah dapat tiket..jom
Ok, dua misi utama hari ini iaitu untuk beli tiket dah selesai. Seterusnya adalah untuk tengok night view Hong Kong dari The Peak. Tiket naik tram ke The Peak juga lebih baik dibeli di travel agency. Dan lebih terbaik adalah cari yang ada fastlane. Sebab masa untuk tunggu giliran naik tram tu saja boleh cecah 2jam. Dan aku tiada kesabaran selama itu.

Bacaan last minute di BBM mencadangkan untuk naik bus saja ke The Peak. Lebih jimat masa dan jimat duit. Maka berjalanlah kami dari exit subway ke The Peak. Punya jauh berjalan dengan keadaan jalan berbukit di HK ni, kami jumpa juga pintu untuk naik tram. Cari orang yang beratur tunggu bas. Dekat 20 minit baru ada bas.

Waiting for tram to The Peak Hong Kong
Penuh satu bas dan takde seat. Tapi takpe la, sekejap je sampai The Peak. Dalam bus dengan cermin seluas alam tu, melilau mata kami tengok orang HK berjalan-jalan diluar. Dan tiba-tiba kelihatan drama ala-ala TVB bila si jejaka dalam cubaan memujuk aweksnya yang merajuk. GF marah, nak blah. BF tarik tangan dia. Dan berlaku drama sekejap je sebab bas berlalu laju. Aaaa…Pandang kanan, Haq dengan budak-budak ni pun nampak drama yang sama.

Bas tiba-tiba berhenti di stesen bas. Kami blur. Eh, bukan kita nak naik ke The Peak ke? Kami pun tunggu sekejap. Nanti dia gerak kot. Rupanya inilah last stop untuk bas nie, jadi kami semua kena keluar dari bas. Dan disinilah kami stranded seketika sebab tak tahu sekarang kat mana dan macam mana nak ke The Peak.

Rupanya bas 15C tu hanya pergi ke lower peak tram dan kena naik tram ke atas. Korang kena naik bus 15..ingat tau 15

Tempat lain yang ada jual tiket Disneyland Airasia Redtix

Dikaki The Peak tram
Actually dari perjalanan nak ke The Peak ni pun dah silap naik subway sampai kena berpatah balik. Nak ke tram station pun tak tahu jalan dan ikut signboard je. Bus pun silap naik dan end up kami ada kat mana pun tak tahu. Tapi ini biasa la. Kalau berbackpack blur,lost, plan tak jadik dan penat berjalan tu adatlah. Lagipun kalau ikut trip aku, ini semua dah dijangka.

Ingatan sekali lagi pada sesiapa yang ikut trip aku next time, sesat tu biasa. Kadang-kadang new direction brings us to a new location. And guess what we found instead? This view.
Lawa ok. Kalau korang nampak view dari Star Avenue, dari tempat ini lah.

A night in Hong Kong
Night view Hong Kong
Hidup ni macam ferris wheel. Sekejap kat atas, sekejap kat bawah, lepastu kena sabarr tak boleh rush-rush hidup ni.
Eh, berpuisi dikala kepenatan.
Star Ferry Pier Hong Kong
Tempat bas tu berhentikan adalah disini Star Ferry Pier Hong Kong yang pemes tu. Maka berjalan kaki la mencari MTR terdekat iaitu MTR Tsim Sha Tsui Station. Dari situ pandai-pandailah mencari map dan tengok platform mana kena pegi untuk pulang kepangkal jalan.

Hong Kong view from Star Ferry Pier
 Extra: Kalau nak naik bas ke The Peak, 1) pergi dekat jeti feri kat Star Ferry Pier tu dan naik bas 15 atau 2) pergi tunggu kat stesen bus Exchange Square kat bawah menara Exchange Square office.

Untuk balik semula guna bas juga ambil bas 15C, last stop dia kat jeti feri tu. Option lain, turun guna tram. Jimat sikit duit.

Disebabkan semua orang dah kepenatan sangat, kita balik awal dan berehat untuk aktiviti esok hari.

D1: HKIA-Sino Center-Mongkok Hotel-Tsim Sha Tsui -kaki The Peak-Star Ferry Pier Hong Kong



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...