Wednesday, 7 October 2015

10 Perkara Perlu Consider Masa Pilih Guesthouse



Untuk pilih tempat tinggal juga adalah cabaran. Banyak sangat guesthouse (GH) dengan pelbagai harga. Kalau korang gunakan website cari accomodation akan nampak beberapa perkara untuk kecilkan skop pilihan. Yang paling penting, tahu prioriti apa samada harga, jarak dari public transport, bilangan ahli rombongan dll.

1. Bajet Accommodation.


Seeloknya kenalpasti dulu berapa RM yang korang nak spend untuk tempat tinggal.
Lebih ramai orang duduk bersama, boleh split duit, dapat kos lagi murah.
Juga bergantung pada jenis accomodation (rujuk #2)

2. Jenis Accommodation.


Ada banyak jenis penginapan ada.
Hotel, hostel,guesthouse, capsul dll.
Banding hotel, pasti dorm lebih murah.
Nak jumpa traveller lain, boleh cuba hostel atau dorm.
Untuk honeymoon, duduk la hotel atau yang ada private room.
Kalau claustrophobia jangan gatal ambil capsule.
Pilihan accomodation juga bergantung pada berapa ramai ahli rombongan. Rujuk #3

3. Bilangan Ahli Rombongan.


Kalau ramai sangat dalam 6 orang ke atas, eloklah ambil rumah sebiji.
Begitu juga kalau bawa anak kecil. Sebab ada kemudahan untuk masak.
Kalau solo boleh cuba dorm atau capsule.

4. Jarak.


Jarak GH dengan public transportation. Ini penting dari mula-mula sampai dengan beg besar dan berat tu. Tambah dengan blur ala-ala jetlag baru sampai.
Juga dapat jimatkan kos nak ke public transportation.

Jarak GH dengan kemudahan dan fasiliti lain juga penting. Antaranya dengan convenient store.
Senang nak beli telur ke roti ke.

5. Keperluan Lain.


Jika ahli rombongan anda ada warga tua atau orang semput, kalau boleh elakkan GH yang kena banyak mendaki atau ada banyak tangga.

6. Jenis Bilik Air.



Penting sebab ada setengah orang tak boleh kongsi bilik air dengan orang lain.
Ada 2 jenis toilet biasanya iaitu private toilet dan shared toilet.
Private toilet bermaksud bilik air tu korang je guna & terletak dalam bilik sendiri.
Lagi selesa, tak berebut nak guna pagi-pagi.

Shared toilet pula biasanya berada diluar bilik dan perlu kongsi dengan traveller lain.
Ada kemungkinan kena tunggu kalau shower tak banyak atau semua orang tengah guna.
Shared toilet biasanya harga bilik lebih murah berbanding private toilet.

7. Free Of Charge.




Antara perkara yang boleh dapat percuma adalah sarapan, WIFI, pengunaan komputer,pamplet dan map, towel, toilet toiletries dll.

8. Deposit.


Ada GH yang perlukan separuh deposit, ada yang nak full payment.
Ada yang boleh cancel lepas book.
Ada yang kenakan charge jika tak datang.
Ada yang terima credit card, ada yang nak cash sahaja.
Jika dah bayar, print segala resit.
Kalau tiada resit, print email yang ditulis.

9. Review.

Boleh baca dari banyak website antaranya TripAdvisor, Expedia, Priceline, Gogobot dll.
Baca komen dan review orang lain dalam travel forum, FB Group, blog dll.
Boleh juga tanya kawan-kawan tempat yang mereka pernah duduk. Tanya recommended ke tak.

10. Seramshit!



Kalau GH itu terlalu la sangat murah tak boleh blah, tanya pengalaman orang yang pernah pergi,
atau cari review terus.
Ada kes harga murah tak menahan sebab dia seramshit.

Apa pulak perkara yang anda ambilkira masa pilih accomodation?
Kongsikan kat bawah ye!

 #tipskakiberjalan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...