Wednesday, 25 February 2015

Tutorial Letak Watermark Pada Gambar Guna Photoscape Free



Penat saja kan jika snap gambar cantik-cantik lepas tu orang kopi paste letak kat blog dia.

Untuk bagi selamat, letaklah watermark anda sendiri.

Tutorial kali ni adalah cara nak letak watermark di gambar menggunakan Photoscape.

Cara ni adalah PERCUMA, mudah dan paling penting boleh letak watermark sekaligus kat semua gambar (tak menengah nak letak watermark satu-satu)

1. Pastikan ada Photoscape. Kalau tiada boleh download kat dulu  Photoscape disini

2. Klik Batch Editor



3. Klik gambar yang nak diletak watermark dan drag ke bahagian atas ni. Untuk lebih mudah, asingkan gambar dalam satu folder, Klik satu gambar, Ctrl+A untuk pilih semua gambar dalam folder. Drag ke ruang atas.


4. Klik Object



5. Pilih watermark anda samada dalam bentuk image atau text.

6. Untuk watermark dalam bentuk image, tick pada kotak Photo 1 dan boleh pilih image atau icon dengan klik ...


7. Anda boleh alihkan dan rotate  kedudukan image yang dah dipilih.

8. Anda boleh save sehingga 4 image atau text untuk watermark.

9. Step sama (6-8) untuk watermark text. Klik gambar pencil untuk tulis text. Text juga boleh diubah font, saiz, shadow dll.

10. Kalau nak letak Image dan Text pun boleh, dengan Tick  Text dan Image yang berkenan.

11. Lepas semua kedudukan watermark Ok, klik Convert All, save kat mana nak dan Tadaaa...Conversion Completed ...semua gambar  telah diwatermark.



Sekian selamat mencuba!

BilaKakiBerjalan

Hi! Saya Nabila, pemilik disebalik bilakakiberjalan. Mula minat dan berani travel pada 2014 dengan 3 orang sahabat lain. Bermula dengan angan-angan nak ke negara k-pop, sekarang sudah berjaya menjejakkan kaki ke luar negara tanpa tour dan yang paling penting, perbelanjaan bajet. Berangan itu free, maka berangan lah untuk berjalan. Makin jauh kaki melangkah, makin dekat dunia terasa. Tips dan cerita travel juga ada di FB.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...