Saturday, 24 January 2015

Tips Kurangkan Kaki Sakit Bila Berjalan



#tipskakiberjalan

Tips Kurangkan Kaki Sakit Bila Berjalan
( Penulis Jemputan : Haq)

Disebabkan kita excited untuk berjalan. 
Mesti tak teringat kuat ke kaki ko nak berjalan menapak berbatu2 lagi-lagi backpacker ni. 
Yela, bila ko travel ni, kaki ko bergerak maksimum dari kebiasaan ko dok opis. 

Seharian ko dah jalankan. Start first day memang tak rasa sakit lagi kaki. 
Masuk hari ketiga keempat mesti ko rasa lain macam punya. 
Urat-urat  kaki dah rasa sengal-sengal, tapak kaki rasa panas. 
Sebab kaki ko dah berjalan berkilometer, pastu nak tampung lemak kaki korang lagi. 
Belum masuk lemak perut lagi. Ok, abaikan teori lemak hiperbola aku. 
Nak-nak korang pergi berkumpulan. 
Seharusnya korang tak nak bebankan kawan-kawan. 
Boleh korang ambil tips-tips simple kat bawah nie.


# 1 BELI KASUT YANG SELESA

Sebaiknya adalah sport shoe. Tapi kalau sneakers korang selesa pun boleh.
Yang penting dapat lindungi kaki.
Pastikan pakai stokin, kalau tak nanti melecet kaki.
Kalau pakai kasut baru, sila guna dulu sebelum pakai untuk travel.

# 2 BERSENAM

Ini tips paling malas setiap kali aku dengar.
Dengar pun dah malas, apatah lagi nak dibuat.
Sebelum travel mana-mana yang perlukan banyak berjalan, boleh la bersenam sikit-sikit.
Supaya urat kaki, muscle badan semua tak terkejut.
Sebab bila berjalan kadang-kadang perlu kejar train, lari dari kejar anjing,
berlarian selamatkan diri dari hujan dll.

# 3 MINYAK SAPU

Bermula dari first day travel sebelum tidur, korang lumurlah minyak muscular. 
Minyak yang aku guna minyak Franch Oil (traditional Medicine) 
Lumur dan ratakan sambil picit-picit manja kaki ko tu sambil berpesan 
"Plz be nice to me" (ok drama sat dengan kaki) dari bawah lutut iaitu betis sampai tapak kaki. 
Amalkan sepanjang korang travel sebelum tidur. 
InsyaAllah. 
Kalau ko beli kasut mahal-mahal comfortable bagai 
tapi korang tak belai kaki masa travel pun tak guna. 
 Amik masa seminit dua je sebelum tidur. 

Franch Oil. Lama bertahan minyak nie. Boleh bawak next trip pulak.

Ada tips tambahan?
Sila komen kat bawah, kongsikan sama-sama kami!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...